Xperia Z Ultra Pesaing Galaxy Note 3? – 2.2GHz Snapdragon 800 Processor, 6.4 inci Skrin

2
231 views
views

Xperia Z Ultra atau dikenali dengan Xperia Togari , mungkin ramai antara anda yang tidak tahu mengenainya dan lebih menumpukan kepada Samsung Galaxy Note 3 yang dikatakan akan diperkenalkan oleh Samsung tidak lama lagi.Sony kini dikatakan bakal memperkenalkan Xperia Z Ultra ,sebuah smartphone bersaiz besar dengan skrin sebesar 6.4 inci disamping menggunakan spesifikasi tinggi bagi menyaingi phablet lain di pasaran terutama siri Samsung Galaxy Note.

xperia_z_ultra_capsule_soul_black
Gambar Hiasan

Peranti hybrid smartphone + tablet tersebut tidak akan didatangkan dengan pen stylus akan tetapi disertakan dengan sensor sentuhan baru yang berupaya mengesan sentuhan menggunakan pen, pensel atau mana-mana stylus.Ianya amat sensitif sehinggakan lukisan pada skrin yang dialas kertas akan turut dikesan dengan baik.

Xperia-Z-Ultra_Pen_2
Lukisan pada skrin yang dialas kertas turut dapat dikesan

Antara spesifikasi awal Xperia Z Ultra ialah :

– Android 4.2.2 Jelly Bean
– 6.4-inch 1080p skrin + teknologi “Triluminos with X-Reality for Mobile”.
– 2.2GHz quad-core Snapdragon 800 processor + Adreno 330 graphics.
– 2GB RAM
– 16GB internal memory + sokongan sdcard
– 8MP Exmor RS camera sensor pada bahagian belakang.
– 2.2MP camera pada bahagian hadapan.
– Water/Dust proof (IP55/IP58 rating)
– super-slim body built.
– 3000 mAh battery

Ciri-ciri kalis air yang ada pada Xperia Z Ultra adalah sama dengan Xperia ZR dan lebih hebat berbanding Xperia Z.Manakala teknologi yang digunakan pada skrin Xperia ZU ini dikatakan bakal menyelesaikan masalah kualiti skrin pada skrin Xperia Z.Jika dilihat dari segi chipset yang digunakan, Xperia ZU merupakan smartphone pertama yang menggunakannya dan ini menjadikannya antara Android Beast yang amat sesuai untuk aktiviti gaming.

Sony telah pun mengeluarkan jemputan ke acara mereka bagi memperkenalkan phablet tersebut secara rasmi kelak dan sama-sama kita nantikan.Yang mana lebih anda nanti-nantikan? Galaxy Note 3 ataupun Xperia Z Ultra? Kongsikan di ruangan komen bawah.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here