Tiada Android 4.1 Jelly Bean Untuk Samsung Galaxy Mini 2 S6500 – Samsung Mobile

0
377 views
views

Tiada Android 4.1 Jelly Bean Untuk Samsung Galaxy Mini 2 S6500 , akhirnya pihak Samsung Mobile mengesahkan bahawa Samsung Galaxy Mini 2 tidak akan menerima kemaskini android 4.1 Jelly Bean , berbeza dengan kenyataan mereka akhir tahun lepas yang menyatakan bahawa smartphone tersebut antara yang akan menerima android 4.1 jelly bean.

samsung-galaxy-mini-2-s6500

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pihak Samsung Mobile Spain melalui akaun twitter milik mereka.Untuk rekod , Samsung Galaxy Mini 2 didatangkan dengan android 2.3 Gingerbread , 800 MHz Cortex-A5 Qualcomm MSM7227A Snapdragon , 512 MB RAM dan 3MP camera pada bahagian belakang.

Berita ini pasti membuatkan ramai pengguna Samsung Galaxy Mini 2 kecewa kerana terpaksa terus menggunakan android 2.3 Gingerbread pada smartphone masing-masing.Bagi advance user, anda mungkin boleh mencuba custom rom yang dibangunkan oleh pembangun di XDA Dev.

sumber | via

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here