Samsung Galaxy Note 3 – Apa Yang Anda Perlu Tahu

4
631 views
views

Samsung Galaxy Note 3 , apa yang anda perlu tahu mengenai siri Galaxy Note terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Samsung tidak lama lagi akan kami kumpulkan segala info mengenainya dalam artikel ini.Note 3 akan menyertai pasaran sebagai penyambung kejayaan siri Galaxy note terdahulu iaitu Note 2 N7100 dan Note N7000.

samsung galaxy note 3 pic

 

Tidak banyak info yang diketahui buat masa ini memandangkan masih tiada kenyataan rasmi oleh Samsung berkaitan smartphone terbaru mereka ini.Antara spesifikasi ringkas yang dikatakan bakal diguna oleh Samsung Galaxy Note 3 ialah

– Android terbaru berkemungkinan Android 4.3
– 2.3 GHz Snapdragon 800 processor atau 2.0 Ghz Octa-core processor
– 5.9-inch 1080p Super AMOLED Display
– 3 GB of RAM.
– 13MP Camera
– Design dan rekabentuk baru
– S-Pen
– optical image stabilization (OIS) technology pada bahagian camera

Jika dilihat dari segi processor yang bakal digunakan , masih tiada maklumat rasmi samada Note 3 akan menggunakan Snapdragon 800 atau hanya Octa-core processor atau mungkin akan dikeluarkan dalam 2 versi seperti Galaxy S4.

Apa yang pasti , ramai peminat menumpukan perhatian kepada design rekabentuk yang bakal diperkenalkan samada ianya akan mengekalkan rekabentuk sama atau tidak.Beberapa gambar awal yang tersebar menunjukkan terdapat perubahan kecil pada bahagian rekabentuk smartphone tersebut.

Jadi apa pendapat anda mengenai Samsung Galaxy Note 3 ini ? Adakah ia mampu untuk menyaingi phablet daripada Sony iaitu Sony Xperia Z Ultra @ Togari ataupun Sony Honami yang turut menggunakan spesifikasi hebat untuk sebuah phone.

sumber | via gsmarena

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here