Samsung Galaxy Mega 6.3 GT-I9205 Vs Galaxy Note 2 N7100

1
1,047 views
views

Samsung Galaxy Mega 6.3 GT-I9205 Vs Galaxy Note 2 N7100, Galaxy Mega 6.3 merupakan antara smartphone terbaru Samsung yang baru sahaja dilancarkan.Mempunyai saiz yang lebih besar berbanding Galaxy Note ( 5.5 inci vs 6.3 ) , ianya mempunyai spesifikasi yang tidak jauh berbeza berbanding Galaxy Note 2.Jom kita lihat satu persatu perbezaan antara mereka dan yang manakah lebih berbaloi untuk dibeli.

Galaxy Mega 6.3 vs Galaxy Note 2

JENIS SKRIN

Galaxy Mega 6.3 didatangkan dengan skrin TFT (720 x 1280 pixels) berbeza dengan Galaxy Note 2 yang menggunakan skrin Super Amoled (720 x 1280 pixels) .Jika anda seorang yang mementingkan kualiti skrin yang lebih menarik serta cerah , Galaxy Note 2 merupakan pilihan tepat memandangkan Super Amoled adalah jauh lebih baik berbanding skrin TFT.

PROCESSOR PHONE

Jika dilihat dari segi processor , kedua-dua phablet ini menggunakan jenis processor yang berlainan dan mempunyai prestasi tersendiri dalam kelas masing-masing.Galaxy Mega 6.3 menggunakan Dual-core Snapdragon 400 berkelajuan 1.7Ghz dengan ram sebesar 1.5GB manakala Galaxy Note 2 pula menggunakan Quad-core 1.6 GHz Cortex-A9 Exynos 4412 Quad dengan ram sebesar 2GB.Dalam hal ini , Note 2 mempunyai prestasi  yang lebih baik berbanding Galaxy Mega 6.3 , walaubagaimanapun ianya tidak terlalu jauh berbeza dan mungkin anda tidak akan terlalu perasan mengenai prestasi kedua-duanya.

PRESTASI CAMERA

Kedua-dua smartphone menggunakan 8MP camera dengan sokongan 1.9MP camera pada bahagian hadapan.Dengan spesifikasi camera yang sama, tiada perbezaan ketara yang boleh dilihat.Note 2 berkemampuan merekodkan video beresolusi tinggi 1080p namun untuk Galaxy Mega 6.3 masih belum diketahui samada mempunyai ciri yang sama atau tidak.

SAIZ BATERI

Samsung Galaxy Mega 6.3 didatangkan dengan bateri bersaiz 3200 mAh sedikit lebih besar berbanding Note 2 yang menggunakan bateri bersaiz 3100 mAh.Jelas disini tiada perbezaan ketara dapat dilihat akan tetapi dari segi teori , skrin yang lebih besar akan menggunakan kuasa bateri yang lebih banyak.

MEMORI TERBINA

Galaxy Mega 6.3 didatangkan dalam dua pilihan iaitu 8GB dan 16GB yang disertakan sekali dengan sokongan sdcard sehingga 64gb manakala bagi Galaxy Note 2 N7100 anda mempunyai pilihan samada ingin memilih versi 16 / 32 ataupun 64GB yang turut mempunyai sokongan sdcard sehingga 64GB.Bagi mereka yang inginkan ruang simpanan lebih besar, Note 2 lebih sesuai untuk dipilih.

HARGA

Sehingga artikel ini ditulis , harga semasa bagi Samsung Galaxy Note 2 original SME set di kedai-kedai biasa ialah sekitar RM1700(16GB) keatas manakala untuk AP Set ialah sekitar RM1500 (16gb).Manakala harga bagi Samsung Galaxy Mega 6.3 ianya masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia namun sesetengah penjual telah pun mula menawarkan phablet tersebut pada harga RM1899.Agak mahal berbanding Note 2 memandangkan ianya diimport masuk ke Malaysia oleh penjual sendiri.

sumber harga GNote 2 | sumber harga Galaxy Mega 6.3

KESIMPULAN

Melihat kepada semua perbandingan diatas , jelas kelihatan bahawa Samsung Galaxy Note 2 N7100 masih memegang takhta phablet terbaik pasaran walaupun ianya dikeluarkan terlebih berbanding Galaxy Mega 6.3.Galaxy Mega 6.3 merupakan versi hybrid high-end + mid range yang disasarkan untuk golongan yang memerlukan smartphone dengan saiz gergasi.

REVIEW LAIN

Anda boleh lihat koleksi artikel review ringkas kami melalui link ini antaranya review Xperia E , Xiaomi Ms2 , Smartphone terbaik 2013 , Xperia J dan lain-lain.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here