Samsung Galaxy Ace 3 Diperkenalkan – Didatangkan Dalam 3 Versi

0
316 views
views

Samsung Galaxy Ace 3 akhirnya diperkenalkan secara rasmi oleh Samsung Mobile.Smartphone tersebut yang diberi codename GT-S7270 didatangkan dalam 3 versi iaitu single-sim (GT-S7270) , dual-sim (GT-S7272) dan versi LTE (GT-S7275).Disasarkan dalam kelas mid-range , smartphone tersebut merupakan generasi ketiga dalam siri Galaxy Ace selepas pengenalan Samsung Galaxy Ace dan Ace II .

 photo GALAXY-Ace-3-3G-DS-1_zps9e931ca6.jpg

Antara spesifikasi yang terdapat pada Galaxy Ace 3 ini ialah :

– 480 x 800 pixels, 4.0 inches TFT skrin
– Android 4.2 Jelly Bean
– Dual-core 1 GHz processor bagi versi 3G.
– Dual-core 1.2 GHz processor bagi versi LTE
– 4GB internal memori (versi 3G ) + sokongan sdcard
– 8GB internal memori (versi LTE) + sokongan sdcard
– 5 MP camera + LED flash
– NFC bagi versi LTE
– VGA camera pada bahagian hadapan.
– 1500 mAh Li-Ion battery ( versi 3G)
– 1800 mAh Li-ion battery ( versi LTE)

CIRI-CIRI KHAS “SMARTFUNCTION”

Buat pengetahuan anda , Galaxy Ace 3 turut dilengkapi dengan beberapa ciri yang terdapat pada Galaxy S4 terutama untuk ciri smartfunction seperti S Translator , S Travel , Smart Stay ,S Voice dan Easy Mode.

 photo GALAXY-Ace-3-3G-DS-4_zpsfa5cc717.jpg photo GALAXY-Ace-3-3G-DS-2_zpsea89ff74.jpg photo GALAXY-Ace-3-3G-DS-3_zps805c28ad.jpg

Melalui spesifikasi ringkas diatas , terdapat beberapa perbezaan untuk versi 3G dan LTE dimana untuk versi LTE , ianya menggunakan spesifikasi yang lebih baik.Sehingga kini , Samsung masih belum mengumumkan harga rasmi untuk model tersebut dan ianya dijangka akan berada dalam pasaran dalam masa terdekat ini.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here