Review Kelebihan Dan Kekurangan Xperia L

0

Review Kelebihan Dan Kekurangan Xperia L , untuk sesi review ringkas kali ini jom kita lihat kelebihan dan kekurangan xperia L .Xperia L merupakan smartphone mid-range yang direka khas bagi mereka yang minat mengambil gambar akan tetapi memerlukan smartphone bajet mampu milik.Smartphone ini boleh didapati di seluruh Malaysia atau di Sony Store pada harga RM899 dan anda boleh dapatkan nya pada harga jauh lebih rendah daripada penjual tempatan.(Lihat harga terkini).

Sony-Xperia-L-Design

Jadi sejauh mana bagusnya prestasi phone ini ? Jom kita lihat spesifikasi ringkas smartphone ini dimana kami hanya memaparkan ciri-ciri yang patut dinilai ketika memilih smartphone.

kelebihan kekurangan xperia L

KELEBIHAN SONY XPERIA L

– Menggunakan Snadragon S4 sebagai processor, prestasi phone ini smooth dan laju tanpa sebarang masalah.

– Kualiti gambar yang amat memuaskan hati untuk smartphone dalam kelas nya.

– Jangka hayat bateri yang tahan lama dan memuaskan.

– Ciri-ciri Stamina Mode membantu memanjangkan hayat bateri.

– Design yang premium dan solid.

– Mampu memainkan HD Video dan games HD berfungsi dengan baik tanpa masalah.

KEKURANGAN SONY XPERIA L

– Sedikit berat ketika menggunakan camera.

– Beberapa pengguna mengatakan skrin Xperia L agak kurang responsive (?)

– Tiada teknologi Bravia Engine dalam phone ini.

– 8MP camera tanpa sokongan rakaman HD 1080p agak mengecewakan.

– Kualiti skrin yang kurang memuaskan hati.

– Daripada 8GB internal memori, hanya 5GB boleh digunakan (user accesible).Namun ianya bukan 1 masalah besar memandangkan phone ini menyokong sdcard sehingga 32GB.

KESIMPULAN

Dengan harga sekitar RM800 dan mungkin lebih murah di sesetengah tempat , smartphone ini merupakan pilihan tepat bagi anda yang ingin menggunakan Xperia siri 2013 .Kamera 8MP sebenarnya sudah cukup memuaskan hati jika hanya untuk mengambil peribadi dan upload ke laman sosial.Bagi anda yang minat untuk bermain games, smartphone ini sesuai memandangkan dengan processor Snapdragon S4 dan 1GB ram, anda tidak akan mengalami masalah besar ketika bermain.

Jadi apa pendapat anda mengenai Sony Xperia L ini ? Kongsikan bersama pembaca lain dalam ruangan komen dibawah.Anda juga boleh lihat koleksi review ringkas kami yang lain seperti review Xperia E/E Dual , Samsung Galaxy Mega 6.3 vs Galaxy Note 2 dll.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

TINGGALKAN KOMEN ANDA