Oppo Find 7 Bakal Diperkenalkan September Ini – 13MP Camera , Snapdragon 800 chipset

Oppo Find 5 merupakan smartphone keluaran China yang menarik perhatian ramai pengguna android apabila ia dilancarkan menggunakan spesifikasi canggih setaraf smartphone model terkenal.Terbaru generasi seterusnya dalam siri Oppo Find yang bakal diperkenalkan ialah Oppo Find 7 yang dijangka akan menggunakan spesifikasi yang lebih hebat untuk bersaing dengan model-model lain di pasaran.

 photo oppofind7_zpse5fcd673.jpg

Antara spesifikasi yang bakal digunakan ialah Snapdragon 800 chipset , 2GB ram , 13MP camera bahagian belakang , 8MP camera hadapan, NFC , skrin 1080p bersaiz 5 inci dan 4000mAh battery.Find 7 dijangka akan mempunyai ketebalan sekitar 9.9mm sahaja.

Walaubagaimanapun, ini hanya lah spesifikasi awal dan bersifat khabar angin dan sama-sama kita nantikan spesifikasi sebenar Oppo Find 7 yang bakal dilancarkan pada pertengahan september depan.Selain Oppo Find 7 , Sony turut dijangka akan memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Xperia Z Ultra dan juga Sony i1 Honami.Jadi , yang mana lebih anda nantikan? Kongsikan dalam ruangan komen dibawah.

sumber | via

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here