HTC Butterfly S Dilancarkan Secara Rasmi – Quad-core 1.9GHz Snapdragon 600, UltraPixel Camera

Akhirnya, HTC Butterfly S dilancarkan secara rasmi setelah beberapa khabar angin mengenainya tersebar.Smartphone tersebut dilancarkan secara rasmi di sebuah acara HTC yang bertempat di Taiwan baru-baru ini.Butterfly S merupakan versi penyambung kejayaan HTC Butterfly yang dikeluarkan pada akhir Disember 2012 yang lepas.

htc butterfly s

Antara spesifikasi ringkas smartphone terbaru daripada HTC itu ialah 5-inch 1080p display , BoomSound stereo speakers di bahagian hadapan , Android 4.2 Jelly Bean + Sense 5 UI ,quad-core 1.9GHz Snapdragon 600 , 3,200mAh battery, 2GB of RAM , 16gb internal memori + sokongan sdcard , UltraPixel camera + Zoe dan 2.1MP camera pada bahagian hadapan.

Jika dilihat dari segi processor Butterfly S ,  dengan Quad-core 1.9GHz Snapdragon 600 ianya lebih laju dan pantas berbanding android beast terkini iaitu HTC One.Smartphone tersebut akan mula dijual di Taiwan pada bulan julai ini.Malangnya, sehingga kini tiada kata putus samada ianya akan turut dilancarkan untuk pasaran antarabangsa.

htc butterfly s 1

Menyentuh mengenai soal harga , walaupun masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak HTC , Butterfly S dijangka akan mula dijual pada harga sekitar $22,900 (RM2450).Antara smartphone yang bakal menyertai persaingan di masa hadapan ialah Sony Xperia Z Ultra , Sony i1 Honami dan tidak ketinggalan Samsung Galaxy Note 3.Anda juga boleh lihat senarai smartphone terbaik untuk 2013 ini dalam artikel yang disediakan oleh kami.

Jadi apa pendapat anda mengenai Butterfly S ini memandangkan HTC merupakan jenama yang kurang “dipandang” di Malaysia.Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen dibawah.

sumber | via

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here