Harga Terkini Samsung Galaxy S4 i9500 Jun 2013

1
845 views
views

Harga Terkini Samsung Galaxy S4 Jun 2013  , setelah hampir 3 bulan dilancarkan secara rasmi harga Galaxy S4 i9500 menyaksikan penurunan yang agak banyak terutama selepas pelancaran Galaxy S4 versi LTE di Malaysia baru-baru ini.

Setakat yang kami semak 19 Jun 2013  , terdapat beberapa penjual yang mula menurunkan harga Galaxy S4 i9500 sehingga sekitar RM1750 bagi original SME set manakala untuk AP set anda boleh dapatkannya pada harga sekitar RM1700.

Bagi Galaxy S4 versi LTE i9505 32GB , harga terkini ialah sekitar RM2399 (SME set) menyaksikan penurunan sekitar RM100 berbanding harga asal iaitu RM2499.Manakala bagi versi 16GB LTE anda boleh mendapatkannya pada harga sekitar RM1899 untuk AP set.

Untuk rekod , Samsung Galaxy S4 merupakan flagship device terbaru milik Samsung dan ianya merupakan antara smartphone terbaik untuk tahun 2013.Didatangkan dalam 2 versi yang berbeza processor  iaitu Octa-core bagi pasaran antarabangsa dan Snapdragon 600 untuk pasaran Eropah.

Samsung-Galaxy-S4-Zoom-1
Samsung Galaxy S4 Zoom

Selain Galaxy S4 , Samsung turut memperkenalkan Galaxy S4 Zoom yang memfokuskan kepada camera , Galaxy S4 Active iaitu versi kalis air dan tahan lasak dan juga Galaxy S4 LTE Advance yang menggunakan teknologi 4G.

Samsung Galaxy Active
Samsung Galaxy Active

Jika anda tercari-cari senarai harga smartphone lain, rujuk artikel yang telah kami sediakan antaranya

1- Senarai Harga Sony Xperia 2013
2- Senarai Harga Terkini Samsung Smartphone 2013
3- Senarai Harga Smartphone 2013

sumber | forum lowyat 1 | 2

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

1 COMMENT

  1. […] Harga Samsung Galaxy S4 Active Di Malaysia , Galaxy S4 Active merupakan antara variasi Samsung Galaxy S4 kalis air dan juga tahan lasak yang diperkenalkan bersama 2 model lain iaitu Galaxy S4 Camera dan juga Galaxy S4 Mini.Apa yang membezakan antara Galaxy S4 Active dan S4 versi biasa ialah rekabentuk phone tersebut yang sedikit berbeza di samping spesifikasi nya yang berbeza. […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here