Harga LG Nexus 4 Putih Di Malaysia – Kini Ditawarkan Oleh Penjual Tempatan

0
544 views
views

Harga LG Nexus 4 Putih Di Malaysia , nampaknya ia tidak mengambil masa yang lama untuk LG Nexus 4 putih ditawarkan di Malaysia walaupun ianya baru sahaja diumumkan secara rasmi pada 28 mei yang lalu.Nexus 4 putih merupakan versi Nexus 4 yang ditukar bahagian belakang nya daripada warna hitam kepada putih tanpa sebarang perubahan pada hardware smartphone tersebut.

 photo nexus4white1_zps33302d4b.jpg

Jika dilihat pada khabar angin yang disebarkan , Nexus 4 putih sepatutnya menggunakan android 4.3 Jelly Bean iaitu versi android terbaru namun sangkaan tersebut ternyata meleset dimana ianya hanya menggunakan android 4.2.2 ketika diumumkan.Smartphone milik Google dengan kerjasama LG ini ditawarkan melalui Google Play Store bermula 29 Mei 2013.

Di Malaysia , beberapa penjual tempatan dilihat mula menawarkan Nexus 4 putih pada harga sekitar RM1299 [16gb] dan bagi versi asal iaitu hitam menyaksikan penurunan harga kepada RM1100-RM1199.Untuk rekod , Nexus 4 merupakan smartphone high end Google yang menggunakan android 4.2 Jelly bean , ram 2GB , 8 / 16 GB internal memori tanpa sokongan sdcard , 8MP camera + 1.2 MP camera hadapan  ,Qualcomm APQ8064 Snapdragon Quad-core 1.5 GHz Krait processor dan 2100mAh battery.

Selain LG Nexus 4, antara smartphone Nexus terbaru yang diumumkan ialah Samsung Galaxy S4 Nexus dan juga HTC One Nexus.

sumber | via | via | via

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here