Cara Upgrade Xperia Ion LT28h Ke Android 4.1 Jelly Bean – Firmware 6.2.B.0.211

3
1,070 views
views

Cara Upgrade Xperia Ion LT28h  Ke Android 4.1 Jelly Bean – Firmware 6.2.B.0.211 merupakan firmware jelly bean terbaru untuk Sony Xperia Ion selepas sekian lama menggunakan android 4.0 ICS .Kami difahamkan bahawa masih terdapat pengguna yang belum memperolehi kemaskini ini.

Cara ini turut boleh digunakan untuk anda format phone , unroot atau baiki Xperia ION masing-masing.Apa yang perlu dilakukan ialah ikut langkah dibawah dengan berhati-hati.

LANGKAH PERSEDIAAN

– Pastikan segala driver phone telah diinstall pada pc masing-masing.Install PC Companion kemudian sambungkan phone pada komputer dan biarkan untuk 3-4 minit bagi membolehkan driver phone diinstall.
-Backup segala barang yang ada pada phone anda seperti contact,mesej,gambar,muzik etc etc.
– Offkan phone anda.
Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
– Download firmware 6.2.B.0.211 dan masukkan dalam folder C: Flashtool > firmwares

LANGKAH UPGRADE XPERIA ION KE ANDROID 4.1 JELLY BEAN

1- Buka flashtool yang anda install tadi.
2- Klik pada simbol petir dan pilih > flashmode
3- Pilih firmware Xperia Ion yang telah dimasukkan dalam folder firmware tadi.
4- Lihat pada bahagian wipe dan tick semua option (data,cache,appslog)
5- Klik flash dan sambungkan Xperia anda pada komputer dengan cara tekan back button(volume down) kemudian cucuk kabel pada phone.
6- Tunggu proses flash selesai.
7- Reboot phone anda dan tunggu 3-4 minit bagi membolehkan phone bersedia.
8- Enjoy.

Mudah bukan? Cara ini merupakan cara manual untuk anda kemaskini phone masing-masing.Ini tidak merosakkan warranty phone selain boleh digunakan untuk repair/unroot phone.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

3 COMMENTS

  1. […] Cara root Xperia ION jelly bean sebenarnya agak mudah tanpa memerlukan proses yang rumit dimana ianya hanya menggunakan satu click sahaja untuk root smartphone tersebut.Untuk rekod, Xperia ION telah pun menerima kemaskini android 4.1 Jelly bean firmware .211 baru-baru ini dan bagi anda yang masih belum mengemaskini phone masing-masing, ikuti tutorial Upgrade Xperia ION ke Android 4.1 Jelly Bean. […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here