Cara Root Alcatel One Touch Glory 2S

14

Cara Root Alcatel One Touch Glory 2S , atas permintaan ramai , kami akan menunjukkan kepada anda cara root Alcatel One Touch Glory 2S dalam tutorial paling mudah untuk anda ikuti.Alcatel One Touch Glory 2S merupakan smartphone yang ditawarkan oleh pihak DIGI bernilai rm50 setelah ditolak rebate RM200.

Jika anda tertanya-tanya mengapa perlu root android smartphone masing-masing , jawapan mengenainya boleh dibaca di dalam artikel mengapa perlu root dan apa kelebihannya? Bagi yang sudah bersedia anda boleh ikuti langkah-langkah mudah dibawah.

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Download dan install driver Alcatel One Touch Glory . (Download)
2- Download SuperSU kemudian masukkan ke dalam smartphone anda. (Download)
3- Download Rooting Tool. (Download)

CARA ROOT ALCATEL ONE TOUCH GLORY 2S

1. Install alcatel one touch manager di pc
2- Buka One Touch Manager tadi kemudian sambungkan phone anda ke pc dan ikut arahan yang diberikan,tunggu sehingga prosess memasang driver siap kemudian cabut cable dari pc.
3- Pergi pada setting > on kan USB Debuggin > dan tick pada Allow Mock Location
4- Install aplikasi SuperSU yang telah di download tadi.
5- Install rooting tool di pc (romaster.exe) kemudian buka aplikasi tersebut.
6- Lihat pada gambar spanar > klik icon spanar tersebut.


7- Klik root.
8- Anda akan lihat gambar phone bertulisan “ROOT” , sambungkan phone kemudian klik butang warna hijau dekat tepi.


9- Tunggu sehingga proses root selesai kemudian cabut phone anda.
10- Lihat pada senarai menu , jika terdapat aplikasi SuperSU dan juga Blakcmart dalam bahasa Cina, itu bermakna anda telah berjaya.
11- Install aplikasi Root Checker dari Google Play untuk semak samada phone anda mempunyai root akses atau tidak.
12- Done dan enjoy.

Nampak seakan rumit dengan langkah yang banyak akan tetapi sebenarnya ianya sangat mudah.Langkah diatas ditulis dengan terperinci bagi memudahkan lagi untuk anda faham langkah yang ditunjukkan.

p/s- Tutorial diatas disediakan oleh saudara Syamz Sabah Redmob dan Mohamad Nizar dan diolah oleh soleheen.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

14 Comments

  1. Abg Mat (012 2046969) on

    Slm Solehen.. bagaimana nak lepaskan Safe Mode pada Alcatel One Touch S2, sb dah cuba pisahkan sim & beteri, aktifkan semula tekan mode lantang, masih gagal.. tk

TINGGALKAN KOMEN ANDA