Cara Masukkan Phone Contact Ke Dalam Bluestack

0

Cara Masukkan Contact Ke Dalam Bluestack , sebelum ini kami pernah mengeluarkan tutorial cara install whatsapp di komputer menggunakan Bluestack.Malangnya, contact pada phone tidak dapat dimasukkan ke dalam senarai contact whatsapp di komputer kerana bluestack bukan lah sebuah phone yang menyimpan senarai contact anda.

Untuk sesi tutorial kali ini , kami akan tunjukkan bagaimana untuk memasukan senarai contact ke dalam Bluestack supaya Whatsapp dapat mengesan senarai contact tersebut.Anda perlu menggunakan cara manual memandangkan Bluestack tidak boleh disyncronise kan dengan Google Account.

[pullquote align="right"]Bagi anda yang tertanya-tanya apakah itu Bluestack, ianya merupakan satu software yang membenarkan anda untuk install aplikasi atau games android pada komputer masing-masing tanpa memerlukan smartphone.Secara ringkasnya, Bluestack berfungsi sebagai Android OS dalam komputer anda.[/pullquote]

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Install launcher ADW EX pada Bluestack.
2- Kemudian install GO Contact.

Ikuti langkah mudah dibawah :

1- Pergi pada contact di phone anda > tekan menu > pilih import to sdcard
2- Cari file contact yang diimport tadi ( .vcf ) kemudian emailkan file tersebut kepada email google anda sendiri.
3- Buka browser pada Bluestack > buka email tadi.
4- Download file .vcf yang di attach tadi.Buka file .vcf yang di download tadi > open with GO Contact.
5- Done dan enjoy.

Selesai proses diatas , cuba buka whatsapp anda dan lihat kini senarai contact yang ada pada phone kini telah di syncronise kan pada whatssapp di Bluestack.Mudah bukan?

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA