Cara Install WeChat Di Pc / Komputer / Laptop

11

Cara Install WeChat Di Pc / Komputer / Laptop  , memandangkan ramai yang bertanya bagaimana cara install wechat di pc, dalam sesi Tips Android kali ini kami akan ajar cara ringkas untuk anda install aplikasi terkenal itu pada pc masing-masing.Konsep yang akan digunakan adalah sama seperti install whatsapp pada komputer anda iaitu menggunakan Bluestack.

KEMASKINI 24 MEI 2014

Ikuti tutorial terbaru di soleheen.com mengenai cara install wechat, whatsapp ataupun aplikasi android pilihan anda di komputer. Lebih mudah dan mesra pengguna. Rujuk link dibawah.

 Cara Install WhatsApp, Wechat Dan Aplikasi Android Pada Komputer – Bahagian 2

Apa yang anda perlukan ?

1- Komputer / laptop dengan ram yang tinggi ( recommended 4GB/6GB keatas)
2- Sambungan internet.

Harus diingat , mungkin terdapat beberapa ciri-ciri WeChat yang tidak dapat digunakan memandangkan ianya diinstall pada PC dan bukannya smartphone.

LANGKAH INSTALL WECHAT DI PC

1- Download Bluestack dan install pada komputer anda.Pastikan anda mempunyai internet kerana Bluestack akan menggunakan internet untuk download file ketika proses berjalan (DOWNLOAD)
2- Selesai install, buka Bluestack.
3- Cari dan download WeChat pada Bluestack tadi.
4- Buka Wechat dan login macam biasa.
5- Selesai dan enjoy.

Bagi anda yang tertanya-tanya apakah itu Bluestack, ianya merupakan satu software yang membenarkan anda untuk install aplikasi atau games android pada komputer masing-masing tanpa memerlukan smartphone.Secara ringkasnya, Bluestack berfungsi sebagai Android OS dalam komputer anda.

Senang bukan? Kini anda tidak lagi memerlukan smartphone untuk berwechat bersama rakan-rakan lain.Namun, harus diingat bahawa Bluestack akan menggunakan ram yang banyak serta tinggi ketika dibuka.Bagi notebook atau komputer biasa dengan ram rendah akan mengalami masalah komputer menjadi berat dan lag.Pastikan komputer masing-masing mempunyai ram yang cukup bagi menampung Bluestack.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

11 Comments

  1. ” market not found. search web for installation recipe? ” apa ni?! wechat tak boleh install pon ! penat download

TINGGALKAN KOMEN ANDA