Sony Xperia ZR Bakal Hadir Ke Malaysia

0
366 views
views

Sony Xperia ZR bakal hadir ke Malaysia berkemungkinan dalam masa terdekat ini memandangkan Xperia terbaru milik Sony Mobile tersebut telah pun di senaraikan sebagai Coming Soon di laman web rasmi Sony Mobile.Xperia ZR merupakan kembar ketiga kepada Sony Xperia Z selepas Sony Xperia ZL.

 photo sonysmartphonemalaysiaprice_zpsbdc603c8.png

Sebelum ini, beberapa blog teknologi melaporkan bahawa Sony Xperia ZR hanya akan hadir ke negara tertentu sahaja dan antara negara yang dijangka tidak akan menerima smartphone tersebut ialah France , UK dan juga USA.Tiada siapa yang tahu mengapa negara tersebut dikecualikan.Namun ianya bukan lah berita rasmi memandangkan pihak Sony tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut.

Xperia ZR dikatakan Xperia Z versi yang lebih lasak dimana ianya mampu merakamkan gambar dan video HD pada kedalaman 1.5 meter disamping mempunyai spesifikasi yang tidak jauh berbeza dengan flagship device Sony tersebut.

Antara spesifikasi ringkas SXZR , HD skrin 4.5 inci dengan resolusi 720p , Quad-core 1.5 GHz Krait Snapdragon APQ8064 , Adreno 320 , 13.1 MP camera [4128×3096 pixels] , 8 GB internal memori + sdcard slot 32GB, 2 GB RAM dan Li-ion 2300 mAh battery.

 photo 11_Xperia_ZR_Group_Pink_zps801a1464.jpg

Menyentuh soal harga, sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi mengenai harga pasaran model tersebut dan kami menjangkakan ianya sekitar RM1800 kebawah.

sumber

Ingin tahu lebih banyak info tips dan tutorial mengenai android smartphone ?

Jangan lupa sertai facebookpage | Twitter Youtube soleheendotcom dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here