Smartphone Terbaik Malaysia 2013 : Harga Dan Spesifikasi

5
1,507 views
views

Smartphone terbaik Malaysia 2013 : harga dan spesifikasi, tahun 2013 menyaksikan pelbagai smartphone terbaik dihasilkan oleh pelbagai jenama dimana masing-masing bersaing bagi menarik perhatian pengguna.Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy S4 , Sony pula melancarkan Sony Xperia Z manakala HTC muncul dengan HTC ONE dimana kesemua model tersebut mempunyai spesifikasi yang mampu membuatkan pengguna rambang mata.

Dalam artikel kali ini, jom kita lihat beberapa smartphone terhangat buat masa ini yang menjadi rebutan para pengguna.

1- HTC ONE  – RM 2200 –

 photo HTC_One_360_Wide_zps12151230.png

– Merupakan flagship terbaru daripada HTC selepas HTC Butterfly , HTC ONE merupakan antara smartphone quad-core yang menggunakan processor Qualcomm Snapdragon terkini iaitu Snapdragon 600 berkelajuan 1.7 GHz.Ram 2GB dan Adreno 320 yang ada padanya menjadikan ianya amat berkuasa dan layak digelar King of Android.

2- Samsung Galaxy S4 – RM2200 –

 photo samsung-galaxy-s4-xl_zps93736193.jpg

– Merupakan android beast 2013 terbaru milik Samsung mengikuti kejayaan Samsung Galaxy S3 .GS4 merupakan smartphone yang amat berkuasa dengan spesifikasi terkini dan merupakan yang tercanggih dalam kelasnya mengatasi HTC One.Masih mengekalkan rekabentuk yang sama seperti GS3 ditambah dengan penggunaan plastik, ianya sedikit mencacatkan prestasi phone tersebut di mata peminat android smartphone.Samsung Galaxy S4 didatangkan dalam 2 versi processor iaitu Octa-core [8 core] bagi pasaran antarabangsa dan Snapdragon 600 bagi pasaran Eropah.

3- Sony Xperia Z – RM 2100 –

 photo SonyXperiaZ_zps302dd865.jpg

– Flagship device milik Sony Mobile, ianya diperkenalkan bagi mengatasi iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S3.Merupakan smartphone tahan lasak dan kalis air bersaiz 5 inci, Sony Xperia Z dilihat tidak mampu untuk bersaing dengan pesaing terdekatnya iaitu HTC One dan juga Samsung Galaxy S4.Menggunakan quad-core processor berkelajuan 1.5Ghz termasuk Adreno 320 dan 2GB ram , smartphone ini merupakan pilihan tepat jika anda tercari sebuah smartphone dengan rekabentuk premium dan elegan.

4- Optimus G Pro  – RM2300 – 

 photo LG-Optimus-G-Pro_zps5b5e5166.jpg

– Merupakan flagship device milik LG yang turut menggunakan spesifikasi setaraf HTC ONE dan Galaxy S4.Smartphone ini mendapat reaksi positif daripada peminat gajet di seluruh dunia dan dilihat akan memberikan saingat sengit kepada Galaxy S4 , Xperia Z dan HTC One.Antara spesifikasi ringkas Optimus G Pro ialah ia menggunakan Quad-core 1.7 GHz Krait 300 Qualcomm APQ8064T Snapdragon 600 processor, 2GB Ram , Adreno 320 , 13MP camera , skrin 1080p bersaiz 5.5 inci.GPro menggunakan bateri Li-Po 3140 mAh lebih besar berbanding model-model lain.

5- Blackberry Z10 – RM2000-

 photo z10_zps1426a7c1.jpg

– Merupakan smartphone generasi baru milik Blackberry yang menggunakan sistem operasi terbaru iaitu Blackberry 10.Z10 dilihat mampu menyelamatkan Blackberry dari terus menerus menerima kerugian saban tahun.Turut mendapat reaksi positif dari peminat gajet dunia dan antara spesifikasi yang ada pada smartphone tersebut ialah ianya menggunakan BlackBerry 10 OS, upgradable to v10.1 , Dual-core 1.5 GHz Krait Qualcomm MSM8960 Snapdragon , Adreno 225 , 8MP Camera dan Li-Ion 1800 mAh battery.

Menggunakan smartphone berspesifikasi canggih sebenarnya bukan lah satu keperluan dan pastikan anda tidak melakukan pembaziran dengan membeli smartphone melebihi bajet yang ada pada diri.Jika anda tidak tahu mana 1 yang terbaik, kami syorkan anda untuk membeli HTC ONE memandangkan ianya merupakan terbaik dunia buat masa sekarang.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here