Harga Sony Xperia L Di Malaysia

0
501 views
views

Harga Sony Xperia L di Malaysia, Xperia L sebuah smartphone mid-range milik sony yang dilancarkan serentak bersama Sony Xperia SP juga sebuah model mid-range akan tetapi dengan spesifikasi yang lebih baik.Xperia L disasarkan untuk menjadi smartphone mid-range dengan harga bajet yang jauh lebih rendah berbanding pesaingnya.

 photo xperia-l-white-PS-1240x840_opt-71f31e9157bb75c1644f05b066514099_zps8f7f3e8e.png

Secara ringkas antara spesifikasi Xperia L ialah ia menggunakan Dual-core 1 GHz Qualcomm MSM8230 Snapdragon , skrin 4.3 inci dengan resolusi 480 x 854 pixels , 8GB internal memori , 1GB ram , 8 MP camera [ 3264 x 2448 pixels ] dan Li-Ion 1750 mAh battery.

Beberapa penjual tempatan dilihat mula menawarkan smartphone tersebut bermula hujung minggu ini dengan harga sekitar RM800-860.Kemunculan Xperia L di pasaran dilihat memberi saingan sengit kepada model jenama lain seperti Samsung dan HTC terutama dengan camera 8MP pasti akan memikat hati pengguna yang gemar mengambil gambar.

Selain Xperia L , Xperia SP juga merupakan 1 pilihan tepat buat anda yang tercari smartphone yang murah dengan spesifikasi yang amat memuaskan hati.Untuk rekod, Sony Xperia SP menggunakan Dual-core 1.7 GHz Krait Qualcomm MSM8960T Snapdragon processor + Adreno 320, amat sesuai untuk bermain games HD.Xperia SP mula dijual pada harga RM1200.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here