Cara Upgrade Xperia X8 Kepada 2.3 : [rom] Presto 1.0

0
288 views
views
Pernah dengar nama Haka? salah seorang pembangun di XDA yang dilanda kontroversi serta di dapati bersalah mencuri / meniru hasil kerja pembangun lain yang menyebabkan status beliau sebagai Pembangun Diiktiraf [recognized developer] ditarik balik.Bagi yang nak tahu dengan lebih lanjut boleh rujuk di sini.
walaupun dilanda masalah dan terpaksa senyap buat seketika , baru-baru ni Haka kembali semula dengan rom baru yang dikatakan dibangunkan oleh beliau sendiri tanpa mencuri “part” rom lain.Dinamakan sebagai Presto 1.0 ,satu nama yang menarik sebenarnya, Haka mengatakan bahawa rom terbaru beliau tiada kaitan langsung dengan rom sebelumnya iaitu Prime HD walaupun pada hakikatnya ia kelihatan sama.

Aku dah pun cuba rom ni semalam dan tak dinafikan hasil kerja pembangun dari Moradabad [?] ni memang jarang sekali mengecewakan pengguna custom rom.agak laju serta smooth.Walaubagaimanapun, kemampuan sebenar Presto 1.0 masih belum dapat di rasai memandangkan baru sehari mencuba tanpa penggunaan berat.
Bagi yang berminat untuk cuba korang boleh ikut langkah-langkah di bawah.Suka untuk aku ingatkan bahawa rom ni memerlukan korang unlocked bootloader terlebih dahulu dan flash kernel nAa ataupun alfs.
LANGKAH-LANGKAH INSTALL :-
1- Pastikan korang dah pun unlocked bootloader. [Tutorial Unlocked Bootloader]
2- Download rom kemudian masukkan dalam memory card.
[DOWNLOAD]
3- Flash kernel nAa-13. [Tutorial Flash Kernel Pada Xperia X8]
[DOWNLOAD KERNEL NAA-13]
4- Lepas selesai flash kernel. on kan phone dan sebaik sahaja keluar logo nAa, tekan butang back banyak kali sehingga cwm-recovery muncul.
5- Jangan lupa full wipe serta wipe cache.
6- Flash/install rom dengan cara “install custom zip > choose from sdcard”
7- reboot dan enjoy.
screenshot dan beberapa update mengenai rom ni akan diterbitkan selepas ni. Jangan lupa sertai facebook page kami untuk lebih banyak informasi dan maklumat dunia android.
ARTIKEL SEBELUM :-
2- Cara Install APK Files Menggunakan Flashtool.
3- Rom Terbaik Untuk Xperia X8?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here