Cara Upgrade Samsung Galaxy S3 Ke Android 4.2.2 Jelly Bean

1

Cara Upgrade Samsung Galaxy S3 Ke Android 4.2.2 Jelly Bean , mungkin anda dah pun tahu mengenai leaks android 4.2.2 jelly bean firmware untuk samsung galaxy s3 yang mula tersebar baru-baru ini.Kemaskini baru tersebut memperlihatkan beberapa perubahan besar dilakukan terutama pada bahagian antaramuka Galaxy S3 selain beberapa fungsi baru dimasukkan.

 photo samsung-galaxy-s3-hands-on-9_zps86c04626.jpg

credit : digitaltrends.com

Dalam kemaskini tersebut , Samsung Galaxy S3 menerima beberapa ciri-ciri tambahan yang ada pada Samsung Galaxy S4 , sekaligus menjadikan pengalaman menggunakan GS3 lebih menyeronokkan.

Harus diingat bahawa kemaskini ini masih lagi belum dikeluarkan secara rasmi oleh Samsung Mobile walaupun ianya merupakan kemaskini milik mereka.Firmware ini telah dicuba oleh pihak sammobile dan mereka mengesahkan bahawa ianya selamat dan kesemua fungsi serta ciri-ciri yang ada pada firmware tersebut berfungsi dengan baik.

Bagi yang berminat untuk mencuba android 4.2.2 jelly bean pada Galaxy S3 masing-masing , anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah :

P/s – Pastikan anda backup data phone masing-masing seperti mesej dan contact.

Mesej – Download aplikasi backup&Restore dari Google Play dan lakukan proses backup.
Contact – Buka contact kemudian tekan menu dan pergi ke setting.Pilih import to sdcard.

CARA-CARA UPGRADE SAMSUNG GALAXY S3 KE ANDROID 4.2.2 JELLY BEAN

1- Download firmware android 4.2.2 Jelly bean kemudian extractkan kedalam 1 folder.Download.
2- Buka Odin 3.04 yang ada dalam folder tadi.
3- Masuk ke download mode dengan cara tekan butang Home + Power + Volume down secara serentak.
4- Sambungkan phone ke komputer dan tunggu Odin kesan phone anda dimana kotak ID:COMM akan bertukar warna biru.
5- Tekan bahagia PDA dan masukkan file HOME.tar.md5 yang diextract tadi.
6- Jangan tick pada bahagian Re-Partition.
7- Tekan start dan tunggu sehingga proses selesai.
8- Selesai proses , hidupkan phone anda dan masuk ke mode recovery Home+power+vol up.
9- Pilih wipe data / factory reset.
10 – Reboot dan enjoy.

Kenapa perlu wipe data ? Ini bagi mengelakkan sebarang masalah dari berlaku, jadi sila pastikan anda backup segala data yang perlu seperti contact mesej dan lain-lain.Setelah selesai proses flash diatas , untuk kali pertama reboot biarkan phone tersebut selama 5-6 minit bagi membolehkan ia bersedia.

sumber | via

Ingin tahu lebih banyak info tips dan tutorial mengenai android smartphone ?

Jangan lupa sertai facebookpage | Twitter Youtube soleheendotcom dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

1 Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA