Cara Root Xperia Sola Firmware 6.1.1.B.1.54 [ Updated]

0

Cara Root Xperia Sola Firmware 6.1.1.B.1.54 , tutorial ini merupakan versi kemaskini mengenai cara root Xperia Sola yang menggunakan firmware 6.1.1.B.1.54.Cara ini agak berbeza dimana anda perlu menukar kernel phone sebelum memulakan proses root.Tutorial ini boleh digunakan untuk kedua-dua locked / unlocked bootloader.

 photo xperia-sola-black-464x515_zps1c210e09.png

Bagi anda yang berminat boleh ikuti langkah-langkah dibawah.Pastikan anda berhati-hati kerana kami tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang berlaku atas kecuaian anda melakukan proses ini.

P/S ! – Tutorial ini hanya untuk Xperia Sola dengan firmware 6.1.1.B.1.54  , bagi mereka yang mempunyai firmware 6.1.1.B.1.10 teruskan kepada proses root tanpa perlu tukar-tukar kernel.

PERSEDIAAN SEBELUM ROOT

1- Pastikan segala driver phone dah pun diinstall, sambungkan phone pada PC Companion dan biarkan untuk 3-4 minit bagi membolehkan driver diinstall.
2- Pergi pada setting > developer option kemudian tick pada USB Debugging dan juga Unknown Sources.
3- Download alatan dibawah.

Flashtool (Install pada komputer)
– Root by Binary ( extract dan letakkan dalam 1 folder)
Kernel 6.1.1.B.1.10 (extract dan masukkan dalam folder C > Flashtool > firmwares)
Kernel asal 6.1.1.B.1.54 (extract dan masukkan dalam folder C > Flashtool > firmwares)

Sedikit penerangan,secara ringkasnya terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan dalam proses ini :

– Pertama, flash kernel 6.1.1.B.1.54.
– Selesai flash kernel, baru phone boleh di root.
– Selesai root, flash balik kernel asal anda dan selesai.

P/S – Selepas flash kernel 6.1.1.B.1.10 , phone anda akan menjadi gelap dan tak boleh boot on , biarkan jangan gelabah dan teruskan dengan proses.Pastikan anda ikut kesemua proses!

CARA FLASH KERNEL 6.1.1.B.1.10

1- Buka flashtool yang dah diinstall tadi.
2- Tekan pada anak panah petir dan pilih flashmode.
3- Pilih firmware 6.1.1.B.1.10 dan pilih kernel sin dekat sebelah.
4- Tekan ok dan ikut arahan yang tertera.Butang back untuk xperia sola > Volume down.
5- Selesai proses flash , on kan phone tadi.Ikut arahan bawah.

CARA ROOT XPERIA SOLA

1- Buka file Root by Binary dan sambungkan phone.
2- Tekan runme.bat
3- Ikut arahan yang tertera.
4- Selesai dan offkan phone.
5- Ikut arahan bawah.

CARA FLASH KERNEL 6.1.1.B.1.54

1- Buka flashtool yang dah diinstall tadi.
2- Tekan pada anak panah petir dan pilih flashmode.
3- Pilih firmware 6.1.1.B.1.54 dan pilih kernel sin dekat sebelah.
4- Tekan ok dan ikut arahan yang tertera.Butang back untuk xperia sola > Volume down.
5- Selesai proses flash, on kan phone dan enjoy.

Selesai root.Antara yang anda boleh lakukan selepas selesai root ialah buang aplikasi bloatware [tutorial]dan install custom rom.Jika masih tak paham anda boleh tanya kami di facebook page atau twitter soleheendotcom dan kami akan cuba bantu sebaik mungkin.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA