Cara Root Xperia P Jelly Bean Locked Bootloader

0
520 views
views

Cara Root Xperia P Jelly Bean Locked Bootloader, setakat ini tak banyak cara root xperia jelly bean yang dikeluarkan memandangkan kemaskini tersebut masih baru dan proses developement masih lagi perlahan.Antara cara yang boleh dicuba ialah menggunakan cara OTA Root Keeper yang sedikit leceh dan rumit.

 photo xperia-p-red-486x489_zps4927eacb.png

Secara ringkas nya ada kira-kira 5 langkah yang perlu dilakukan yang mana agak mudah cuma sedikit leceh.

1- Downgrade phone ke ICS
2- Root ICS tadi menggunakan flashtool.
3- Install OTA Root Keeper
4- Install Jellybean melalui proses OTA
5- Gunakan Root Keeper untuk restore root tadi.

Bagi anda yang berminat boleh ikut langkah dibawah.

1- Downgrade Xperia P ke ICS

– Download firmware ICS kemudian flash menggunakan flashtool.Pastikan anda menggunakan firmware ini kerana ia mengandungi OTA Update.[Download Firmware ICS Xperia P]

* Bagi yang tak tahu macam mana nak flash, rujuk tutorial Flash kernel pada Xperia X8 cuma pastikan anda pilih firmware Xperia P.

2- Root rom ICS tadi menggunakan Flashtool

– Pada setting > tick pada USB Debugging kemudian tick pada Unknown Sources
– Buka Flashtool kemudian sambungkan phone anda.
– Tekan butang root dan tunggu proses berjalan.
– Lihat pada phone anda dan tekan restore apabila keluar ayat “waiting for restore to finish”.
– Biarkan proses berjalan dan enjoy.

*Bagi mereka yang tak mempunyai aplikasi backup restore pada phone, anda boleh install aplikasi tersebut secara manual.Download dan install. [Download]

3- Install aplikasi Root Keeper dari Google Play

– Selesai root, pergi ke Google Play dan install Root Keeper.[Download] – Buka Root Keeper tadi dan tekan “Protect Root” kemudian “Temp. un-root”

4- Update phone ke Jelly Bean melalui OTA

– Onkan wifi kemudian update phone anda ke jelly bean melalui OTA.Jangan update melalui SEUS atau PC Companion.

5- Restore root menggunakan OTA Root Keeper

– Selesai update ke Jelly Bean, install semula aplikasi tadi.
– Klik pada Restore Root
– Enjoy XPeria P Jelly Bean yang telah di root.

Proses ini nampak leceh sebab memerlukan anda untuk downgrade dan root terlebih akan tetapi ianya agak mudah jika anda telah ada pengalaman flash xperia.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here