Android Smartphone Terawal Di Pasaran

0
315 views
views
Jika kita lihat balik sejarah android, sebenarnya ia boleh dikategorikan sebagai masih baru lagi.Projek android ini dimulakan pada tahun 2005 sebagai sebuah system yang berasaskan Linux dan bersifat terbuka [open source].
Dibangunkan oleh Android.Inc kemudianyan dibeli dan diteruskan pembangunannya oleh Google.Inc pada 2005 kini ianya menjadi sebuah OS yang terbesar di dunia dengan pelbagai fungsi canggih.Pada artikel kali ni jom kita lihat beberapa smartphone terawal yang menggunakan android sebagai sistem utama bermula dengan versi paling awal android iaitu Android 1.0.
Smartphone pertama yang menggunakan Android ialah : 
1- T-Mobile G1 
– Dilancarkan pada Oktober 2008 T-Mobile G merupakan smartphone pertama yang dibangunkan oleh Syarikat T-Mobile menggunakan Android 1.0.Mempunyai rekabentuk yang agak menarik tapi dianggap menyusahkan serta tidak mesra pengguna dek kerana rekabentuk nya.
2-  T-Mobile MyTouch 3G
– Merupakan smartphone kedua yang berada di pasaran iaitu pada July 2009.Juga dikeluarkan oleh T-Mobile.Mytouch 3G merupakan smartphone android pertama yang menggunakan Android 1.5 Cupcake.
-Smartphone terawal lain yang turut menggunakan Android 1.5 ini ialah HTC Hero , Samsung Moment dan Motorola Cliq.
3- Motorola Devour
– Smartphone pertama yang menggunakan Android 1.6 Donut pada February 2010.
4- Motorola Droid
– Smartphone pertama yang menggunakan android 2.0 Eclair iaitu pada Oktober 2009.Versi seterusnya ialah 2.1 Eclair dan smartphone pertama yang menggunakan versi ini ialah HTC Nexus One.
5- Motorola Droid 2
-Merupakan smartphone pertama yang menggunakan Android 2.2 Froyo iaitu pada Ogos 2010.Mempunyai rekabentuk yang lebih kurang sama dengan Motorola Droid cuma versi baru ni ia didatangkan dengan keypad.
6- Samsung Nexus S 
– Smartphone ni merupakan smartphone pertama yang menggunakan Android 2.3 Gingerbread iaitu pada December 2010.
Menarik bukan? Kini bilangan peranti yang menggunakan android sebagai platform makin lama makin bertambah dan makin kerap pengeluarannya disebabkan persaingan antara jenama.Apa apa pun pengguna yang paling beruntung sebenarnya kerana kita kini mempunyai 1001 pilihan untuk memilih apa yang sesuai mengikut keperluan.
Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika korang menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here