Xperia V Dan Xperia T Terus Terima Kemaskini Baru,Xperia S Dilupakan?

0
466 views
views

Xperia V dan Xperia T terus terima kemaskini baru,Xperia S dilupakan? Minggu ini Sony Mobile telah pun mengeluarkan kemaskini Jellybean baru untuk Xperia V dan juga Xperia T dimana Xperia TX dijangka akan menurut langkah yang sama.Ini merupakan kemaskini kedua untuk smartphone flagship sony tersebut.

 photo xperiasjellybeanupdate_zpsed629ace.jpg

Malangnya, flagship pertama Sony iaitu Sony Xperia S terus dilupakan untuk kemaskini Jelly bean.Untuk masa sekarang, Xperia S masih lagi menggunakan android 4.0.4 ICS , sangat ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan model Samsung yang hampir kesemuanya mendapat kemaskini Jelly bean.

Sony Xperia V dilaporkan menerima kemaskini firmware 9.1.A.1.140  diikuti Sony Xperia T mulai semalam.Tiada apa perubahan ketara yang dapat dilihat pada kemaskini tersebut dan mungkin hanya untuk menyelesaikan masalah bugs yang ada pada kedua-dua smartphone tersebut.

Bagi pengguna Malaysia masih tidak diketahui samada mereka telah pun menerima kemaskini yang sama atau pun tidak.Anda boleh cuba lihat samada terdapat update atau tidak dengan menyambungkan phone masing-masing ke PC Companion.

sumber | via

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here