Senarai Harga 5 Smartphone Terbaru Samsung Di Malaysia

0
730 views
views

Senarai Harga 5 Smartphone Terbaru Samsung Di Malaysia, jika anda perasan Samsung telah pun melancarkan berpuluh smartphone terbaru mereka namun susah untuk kita tahu samada smartphone berada di Malaysia atau tidak.Dalam artikel kali ini, jom kita lihat 5 smartphone terbaru Samsung yang sudah pun masuk ke pasaran Malaysia.

Samsung-Logo

1- Samsung Galaxy Grand Duos I9082 [ RM 1200 ]

– Merupakan smartphone baru samsung yang dilancarkan pada Januari 2013, didatangkan dengan fungsi dual-sim,skrin bersaiz 5 inci [WVGA], android 4.1 Jelly Bean, 8GB internal memori + sdcard sehingga 64GB, 1GB ram, 8MP camera di bahagian belakang dan Li-Ion 2100 mAh battery.

2- Samsung Galaxy S2 Plus I9105 [ RM 850 -RM 999 ]

– Baru sahaja dilancarkan pada Februari 2013 yang lalu, Galaxy S2 Plus I9105 telah pun mula di tawarkan oleh beberapa penjual tempatan.Merupakan siri terbaru dalam keluarga Galaxy S2 , ianya di datangkan dengan android 4.1 Jelly Bean , 1.2ghz processor , 8GB internal memori + sokongan sdcard sehingga 64GB , 8mp camera di bahagian belakang , skrin bersaiz 4.1 inci [480 x 800 pixels] dan Li-Ion 1650 mAh battery.

3- Samsung Galaxy Fame S6810 [ RM 450 – RM 550 ]

– Sebuah smartphone dalam kategori low-end , ianya dilancarkan pada Februari 2013 dan kini terdapat beberapa penjual tempatan yang sudah mula menawarkan smartphone tersebut kepada pengguna.Menggunakan android 4.1 Jelly Bean , 1Ghz processor , 5mp camera , 1300mAh battery dan 4GB internal memori + sokongan sdcard sehingga 64GB  , smartphone ini merupakan pilihan tepat bagi anda yang mencari smartphone bajet.

4- Samsung Galaxy Note 8.0 [ RM1550 – RM1650 ]

– Galaxy Note 8.0 sebenarnya sebuah tablet terbaru milik Samsung yang di reka khas bagi menyaingi iPad Mini milik Apple.Tablet ini datangkan dengan sokongan Stylus Pen , android 4.1 Jelly Bean , 1.6GHz processor , 5mp camera , 2GB ram dan bateri berkapasiti 4600mAh.Harganya dikatakan agak mahal bagi sebuah tablet bersaiz 8 inci berbanding harga iPad Mini dan beberapa tablet berkualiti yang lain.

5- Samsung Galaxy S4 I9500 [ RM2199 ]

– Rasanya ramai yang tahu mengenai smartphone ini memandangkan ianya merupakan antara smartphone paling terkenal di dunia.Galaxy S4 didatangkan dalam 2 versi yang mana ianya berbeza spesifikasi iaitu dari segi jenis processor yang digunakan.Untuk pasaran Asia , pengguna akan mendapat Samsung Galaxy S4 versi Octa-core , Exynos 5 Octa 5410 chipset + Quad-core 1.6 GHz Cortex-A15 & quad-core 1.2 GHz Cortex-A7 + PowerVR SGX 544MP3.

Jadi yang mana satu yang menjadi pilihan anda? Pastikan anda membuat pilihan yang tepat, jangan sampai membazir membeli sesuatu yang bukan keperluan.Rujuk artikel Tips Panduan Memilih Smartphone Terbaik sebagai panduan untuk anda.

Ingin tahu lebih banyak info tips dan tutorial mengenai android smartphone ?

Jangan lupa sertai facebookpage | Twitter Youtube soleheendotcom dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here