Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy Ace 3 Termasuk Versi Dual Sim

0

Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Ace 3 termasuk versi dual-sim yang merupakan penyambung kejayaan versi terdahulu iaitu Ace dan juga Ace 2.Smartphone tersebut dijangka akan dilancarkan pada tahun ini dengan 4 pilihan warna iaitu Metallic Black, Metallic Blue, Pure White dan Wine Red.

Galaxy Ace Duos

Menurut sammobile, Samsung Galaxy Ace 3 akan menggunakan android 4.1.2 Jellybean, skrin bersaiz 4 inci, 5MP Camera, 4GB internal memori dengan sokongan sdcard, bluetooth 4.0 dan bateri berkapsiti sederhana 1500mAh.Processor yang dijangka akan digunakan ialah 1.2Ghz dual-core.

Tak banyak maklumat yang dikongsikan buat masa ini akan tetapi jangkaan harga bagi smartphone tersebut ialah sekitar 300 euros [RM 1200] dimana versi dual-sim akan turut diperkenalkan dengan codename GT-S7272.

Selain Galaxy Ace 3 yang bakal diperkenalkan, siri lain bagi Galaxy Ace ialah termasuk Galaxy Ace , Ace 2 , Ace Plus , Ace Duos dan Ace Advance.

sumber

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami :)

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

TINGGALKAN KOMEN ANDA