Harga Samsung Galaxy Note 8.0 Di Malaysia – Bakal Dijual Pada Minggu Ini?

0
493 views
views

Samsung Galaxy Note 8.0 sebuah tablet bersaiz 8inci yang direka bagi menyaingi iPad Mini bakal di bawa masuk serta dijual di Malaysia mulai minggu ini.Beberapa blog mengatakan bahawa Samsung akan mula menjual tablet 8 inci tersebut mulai April 2013 namun tidak menyatakan tarikh yang tepat.

 photo samsunggalaxynote80malaysiaprice_zps0227efe3.jpg

Beberapa penjual dilihat akan mula menjualnya pada harga sekitar RM1800 berserta dengan beberapa free gift.Namun, itu bukanlah harga rasmi bagi tablet tersebut memandangkan Samsung belum lagi mengumumkannya, harga yang ditawarkan berkemungkinan lebih murah dari sekarang.

Secara ringkasnya, Note 8.0 akan menggunakan Android Jelly Bean, S Pen stylus, 1280×800 display, 1.6GHz A9 quad-core processor, 2GB ram , 5MP camera di bahagian belakang dan 1.3MP di bahagian hadapan, 4,600mAh battery, LTE termasuk kebolehan membuat phone call menggunakan tablet tersebut.

 photo Captured_zps3f5d36f4.jpg

Didatangkan dalam 2 versi iaitu 16GB dan juga 32GB dengan sokongan sdcard, antara pesaing terdekat Samsung Galaxy Note 8.0 ialah Apple iPad Mini, Asus Nexus 7 3G dan juga Asus FonePad.Mana satukah yang menjadi pilihan anda?

sumber

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here