Harga Asus FonePad Di Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi Minggu Ini

1

Harga Asus FonePad di Malaysia yang dilancarkan secara rasmi minggu ini ialah sekitar RM800 dan terdapat sesetengah penjual yang menjualnya pada harga permulaan RM750 .Ini menjadikan ianya phablet termurah dalam pasaran.

Bagi yang masih tidak tahu mengenai Asus FonePad, secara ringkasnya ia merupakan sebuah tablet bersaiz 7 inci dengan rekabentuk seperti Google Nexus 7 akan tetapi didatangkan dengan fungsi call dan juga mesej.Phablet tersebut diumumkan secara rasmi pada Mobile World Congress 2013 dan mula dijual secara rasmi di Malaysia mulai minggu ini.

Spesifikasi ringkas ASUS FonePad :

– Android OS, v4.1 (Jelly Bean)
– 800 x 1280 pixels, 7.0 inches screen
– Multitouch up to 10 fingers
– 8GB internal memori + sdcard support up to 32GB
– 3.15 MP, 2048×1536 pixels Camera with 720p video recording
– 1.2 megapixels front camera
– 1.2GHz Intel Atom Chipset + PowerVR SGX540
– Non-removable Li-Ion 4270 mAh battery

Jika dilihat pada spesifikasi fonepad tersebut , ianya menggunakan chipset milik Intel yang merupakan chipset terbaru buatan Intel dengan kelajuan 1.2GHz.Berbeza dengan beberapa tablet di pasaran yang mana kebanyakkan nya menggunakan chipset snapdragon yang terkenal dengan prestasinya yang amat baik tanpa sebarang masalah.

Jika anda tercari sebuah smartphone pada masa yang sama turut inginkan sebuah android tablet, ini merupakan pilihan paling tepat untuk anda pilih memandangkan harganya yang amat-amat murah jika hendak dibandingkan dengan tablet lain di pasaran.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami :)

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

1 Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA