Cara Upgrade Xperia X8 : Rom GingerSony V03

4
480 views
views
Cara Upgrade Xperia X8 : Rom GingerSony V03, Rasanya mungkin ada antara korang yang tahu mengenai rom GingerSony, sebuah rom milik Vince dimana aku pernah tulis mengenai versi sebelumnya iaitu versi 02.Semalam [04-09-12] pembangunnya dah pun mengeluarkan versi terbaru rom tersebut iaitu V03 membawakan beberapa perubahan kecil.

Mengenai cara install/flash rom ni segalanya masih sama.Rujuk langkah-langkah dibawah :-

1- Pastikan korang dah pun unlocked bootloader [rom ni hanya untuk pengguna yang dah pun unlocked bootloader phone masing-masing]

2- Download rom GingerSony dan masukkan kedalam memory kad.
     [DOWNLOAD]
3- Flash kernel nAa terbaru iaitu kernel nAa-14.
    [Download Kernel nAa-14]
4- Selesai flash kernel, on kan phone masing-masing dan sebaik sahaja logo nAa keluar, tekan butang back banyak kali sehingga cwm-recovery muncul.
5- Pilih Wipe Data/Factory reset kemudian Wipe Cache.
6- Flash /install rom tadi dengan menggunakan cara “install custom zip>choose from sdcard>pilih file rom tadi.
7- Reboot dan enjoy.Rujuk artikel “Phone rosak dan Sangkut Pada Logo.Apa yang Perlu Dilakukan?” jika ada antara korang yang mengalami masalah ketika install rom GingerSony ni untuk memulihkan kembali phone korang.

Jangan pelik jika 10 minit pertama selepas install korang  merasai sedikit lag dan berat, apa yang perlu dilakukan ialah tunggu dan jangan install apa-apa untuk setengah jam.selepas setengah jam performance rom ini akan kembali normal tanpa sebarang lag atau sangkut2.

ENTRI-ENTRI SEBELUM :-

1- Tutorial Mudah Root dan Install Custom Rom pada Samsung Galaxy Y.
2- Android Smartphone : Mengapa Kita Wajib Root ?

Facebook Comments

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here