Cara Upgrade Live With Walkman LWW : Rom Revolution ICS HD

0

Cara Upgrade Live With Walkman LWW : Rom Revolution ICS HD merupakan sebuah rom yang amat stabil untuk SE Live With Walkman [LWW].Berasaskan android 4.0 ICS, rom ini dipasang dengan pelbagai tweaks dan diubah bagi memantapkan lagi prestasi android 4.0 ICS pada LWW.

 photo romforxperia2011_zps81ad0ac3.png

Revolution ICS HD dibangunkan oleh saqib nazm dan dikatakan antara rom paling kemas dan menarik untuk barisan Sony Xperia 2011.Antara ciri-ciri yang ada pada rom tersebut :

Supercharger
Small Apps
Advanced Power Menu Option
Magnification Glass
Per DPI app for tablet/phablet/phone UI
Project Butter Implemented
Working LED Notification
Xperia Z Themed Framework
Xperia JB Transition Effect
Xperia Z/T & AOSP Lockscreen
Cybershot Camera 6.7.2 with Auto HDR
JB Adreno V3 Drivers
Ultimate Jar Power/Maximum Overdrive
Supercharged Services.jar
Xperia Z Walkman Player with xLOUD fix
Mobile Bravia Engine V2
30-step Volume for Media
Long Battery Life
New Default Themes
Xperia Z Wallpapers

Rom ini sesuai untuk locked bootloader ataupun unlocked bootloader , jadi bagi anda yang berminat untuk cuba boleh ikuti langkah-langkah dibawah :

CARA – CARA INSTALL ROM

1- Pastikan anda dah pun root phone masing-masing.
[Tutorial Mudah Cara Root LWW Tanpa Unlocked Bootloader] 2- Install Cwm-Recovery pada phone anda.
[Tutorial Mudah Install CWM-Recovery Pada LWW] 3- Download rom dan masukkan ke dalam memori kad.
[Download]
4- Masuk kedalam mode recovery melalui cara restart phone dan bila logo SONY keluar, tekan volume down berulang kali sehingga recovery muncul.
5- Pilih full wipe/wipe data.
6- Kemudian pilih wipe cache.
7- Pergi bahagian Advance pilih Wipe Dalvik Cache.
8- Pergi ke bahagian “Mount&Storage” dan pilih format system kemudian format cache dan seterusnya format data
9- Flash rom tadi melalui cara pilih “install custom zip > choose from sdcard > pilih file rom.
10 – Reboot bila selesai dan enjoy.

Jika dilihat dari screenshot, rom tersebut sememangnya sangat menarik dengan interface yang kemas.Kami menggalakkan anda untuk mencubanya dan lihat prestasi rom tersebut samada memuaskan hati atau tidak.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami :)

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA