Cara Unroot / Format / Repair Samsung Galaxy S3 Mini GT-I8190

1
3,287 views
views

Cara Unroot / Format / Repair Samsung Galaxy S3 Mini GT-I8190, cara ini sangat berguna untuk unroot / format / repair Galaxy S3 Mini GT-I8190 milik masing-masing.Secara ringkasnya, jika mengalami masalah pada phone tersebut anda hanya perlu flash semula stock firmware [ firmware asal ] phone tersebut dan keadaan akan kembali seperti biasa.

Unroot-Galaxy-S3-Mini-I8190

Namun harus diingat bahawa anda harus memilih firmware yag bersesuaian dengan model masing samada GT-I8190 | GT-I8190[N] | GT-I8190[L] .Jika tersilap flash, phone tersebut akan mengalami masalah lain dan berkemungkinan tidak dapat dihidupkan.

Bagi anda yang berminat boleh ikuti langkah-langkah dibawah :

1– Pastikan driver S3 Mini telah pun diinstall pada komputer, cara paling mudah ialah dengan sambungkan phone pada KIES.
2– Download firmware phone anda di sammobile kemudian extract dalam 1 folder.(Download)
3– Download Odin.(Download)
4– Offkan phone anda dan masuk ke Download Mode (tekan volume down + home + power secara serentak)
5– Buka Odin tadi dan sambungkan phone pada komputer.
6– Tunggu Odin kesan phone anda dimana kotak ID:COM akan bertukar warna biru jika ianya berjaya.
7– Pastikan hanya “Auto Reboot” dan “F. Reset Time” di tick.Jangan tick kotak lain.Jangan sesekali tick pada re-partition!
8– Lihat pada bahagian PDA , tekan dan isi dengan firmware .TAR.MD5 yang di download tadi.
9– Tekan start dan tunggu proses selesai.
10– Tahniah anda berjaya betulkan phone tersebut.

Proses tersebut berjaya bila perkataan PASS ditunjukkan.Proses reboot mungkin akan mengambil sedikit masa jadi harap bersabar.

Ingin tahu lebih banyak info tips dan tutorial mengenai android smartphone ?

Jangan lupa sertai facebookpage | Twitter Youtube soleheendotcom dan anda juga boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here