Cara Install Facebook Home Apk Pada Android Smartphone

0
535 views
views

Cara install facebook home apk pada android smartphone yang lain di luar Amerika Syarikat sebenarnya agak mudah tanpa perlu anda root smartphone atau mengubah built.prop phone masing-masing.Ianya berfungsi dengan hanya menginstall file apk Facebook Home tersebut seperti biasa dan anda akan dapat menggunakan fungsi yang ada pada launcher facebook tersebut.

 photo facebookhomepak_zps726f0dd1.jpg

Bagi anda yang masih belum tahu mengenainya, Facebook Home boleh di download secara rasmi dari Google Play mulai semalam akan tetapi ianya terhad kepada pengguna di US dan hanya beberapa smartphone high-end sahaja yang menyokong launcher milik Facebook tersebut.Jika anda download file apk biasa tanpa diubah, anda akan dapati bahawa ianya agak berat dan tidak sesuai di install.

CARA INSTALL FACEBOOK HOME APK PADA ANDROID SMARTPHONE

1- Anda perlu uninstall segala aplikasi facebook yang ada smartphone masing-masing sebelum memulakan proses install Facebook Home.
2- Download file apk aplikasi tersebut dan extractkan dalam 1 folder.[Download] 3- Install com.facebook.katana (FB app) kemudian com.facebook.home (Home app).Install pula com.facebook.orca.apk (Messenger app).
4- Kemudian Enabled Facebook Home pada bahagian Facebook setting.
5- Enjoy Facebook Home pada smartphone masing-masing.

APA YANG ANDA PERLU TAHU ?

Facebook Home ini sebenarnya direka khas untuk smartphone high-end dimana ianya tidak menyokong smartphone dalam kelas low-end.Jadi, anda mungkin akan menghadapi beberapa isu atau bugs ketika menggunakannya.Jika ianya terlalu berat atau bermasalah, kami menggalakkan anda untuk tidak menggunakan Facebook Home ini.

Hanya smartphone yang menggunakan android 4.0 Ice Cream Sandwich keatas sahaja yang boleh menggunakan Facebook Home tersebut, bagi yang menggunakan android 2.3 Gingerbread kebawah anda boleh cuba namun kami tidak jamin yang ianya akan berfungsi dengan baik.

PRE-INSTALLED APLIKASI FACEBOOK PADA ANDROID SMARTPHONE

Sesetengah android smartphone telah pun diinstall dengan aplikasi facebook secara automatik dan bagi pengguna Xperia , ada antara Xperia smartphone yang dintegrasi kan dengan facebook.Anda perlu buang/uninstall kesemua aplikasi tersebut tapi bukan dengan cara biasa.Apa yang boleh dilakukan ialah root smartphone masing-masing, kemudian masuk kedalam folder sistem dan delete file facebook tersebut secara manual.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here