Aplikasi Android Wajib Install: 5 Aplikasi Terbaik Untuk Backup Data Dan Maklumat Phone

1

Aplikasi android wajib install: 5 aplikasi terbaik untuk backup data dan maklumat phone anda yang akan disenaraikan dalam artikel kali ini merupakan sebahagian daripada ratusan jumlah aplikasi backup yang ada dalam Google Play store.Mungkin ada yang kami akan terlepas pandang kerana tidak berkesempatan untuk mencubanya satu persatu namun 5 yang tersenarai ini merupakan antaranya yang terbaik.

Jom kita lihat aplikasi mana yang sesuai untuk anda gunakan :

1- Carbon

 photo carbonbackupapk_zps5fef44f2.jpg

– Merupakan aplikasi backup yang membolehkan anda backup data phone tanpa perlu root phone masing-masing.Didatangkan dalam 2 versi iaitu percuma dan berbayar , servis yang ditawarkan turut berbeza dimana untuk versi percuma anda hanya boleh backup data ke sdcard dan juga komputer berbeza dengan versi berbayar dimana anda boleh backup serta synchronise data anda secara automatik ke dropbox, google drive ataupun Box.Proses install serta link download boleh dijumpai di Google Play Store.

2- Easy App ToolBox

 photo easyapptoolboxapk_zpsf83106f9.png

– Salah satu aplikasi yang direka untuk memudahkan lagi anda menggunakan android smartphone tanpa perlu risau kehilangan data masing-masing.Seperti Carbon, aplikasi ini tidak memerlukan anda untuk root phone masing-masing sebelum digunakan, cuma download kemudian install seperti biasa.

– Berbeza dengan Carbon, anda tidak perlu membayar untuk menggunakan ciri-ciri backup ke cloud storage seperti box, google drive dan DropBox selain turut menawarkan fungsi backup ke sdcard dan komputer.Malangnya, Easy App Toolbox hanya boleh digunakan untuk backup data aplikasi yang diinstall dan bukannya data seperti sms serta contact phone.

3- Titanium Backup

 photo titaniumbackup_zpsfbc0bc21.jpg

– Merupakan aplikasi yang amat-amat terkenal di kalangan pengguna android .Memerlukan phone anda untuk di root terlebih dahulu sebelum install membuatkan ianya hanya terhad kepada pengguna yang sudah pun root phone masing-masing.Turut didatangkan dalam dua versi iaitu percuma dan berbayar, aplikasi ini membenarkan anda untuk melakukan backup terhadap hampir semua perkara yang ada pada phone anda.

4- Super Backup

 photo android-backup-superbackup_zps45e5f63f.jpg

– Jika anda tanya kepada kami, mana satu yang menjadi pilihan kami, Super Backup merupakan pilihan terbaik untuk digunakan.Mempunyai antaramuka yang simple dan mudah untuk digunakan, ianya dikatakan sebagai aplikasi backup yang terpantas dalam melakukan proses backup data phone.

– Anda boleh backup hampir semua perkara seperti sms,contact, call logs, bookmarks dan calendars selain backup data aplikasi anda.Sesetengah fungsi memerlukan anda untuk root terlebih dahulu phone masing-masing, jadi sila pastikan anda telah pun root phone sebelum menggunakan aplikasi ini bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.

5- GO Backup

 photo gobackup_zps9ae26c53.png

– Antara aplikasi backup yang mempunyai interface yang amat kemas dan cantik.Seperti aplikasi backup yang lain , anda boleh menggunakan GO Backup untuk backup data seperti SMS, MMS, contacts, call logs dan apps.Terdapat dalam 2 versi iaitu percuma dan berbayar dimana bagi versi percuma anda hanya ditawarkan ruang simpanan sebesar 200MB sahaja dan untuk fungsi unlimited anda perlu membayar.

Aplikasi backup sememangnya sangat penting bagi mereka yang selalu tukar rom pada phone masing-masing.Aplikasi ini akan memudahkan lagi anda tanpa perlu download semula aplikasi yang hilang selepas rom ditukar.Ianya turut berguna jika smartphone anda hilang atau dicuri, anda tidak perlu risau lagi kehilangan data.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak bulanan akan mendapat TOP UP PERCUMA bernilai RM10 dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami :)

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI