Acara Google 29 Oktober Dibatalkan Akibat Taufan Sandy

0
378 views
views
Berita kurang baik yang baru sahaja tersebar, Google akan membatalkan acara mereka yang dijadualkan pada 29 Oktober ini disebabkan taufan Sandy yang dijangka melanda New York pada hari tersebut.

Acara tersebut yang sepatutnya akan memperkenalkan beberapa perkara seperti android 4.2 JellyBean, Google Nexus 10 dan juga Nexus 7 versi baru termasuk LG Nexus 4 terpaksa dibatalkan apabila Gabenor New York Andrew Cuomo terpaksa mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut memaksa proses evakuasi dilakukan.

credit to androidpolice

Tarikh ganti bagi acara tersebut setakat ini masih belum diumumkan oleh pihak Google.

via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here