Xperia J vs Xperia GO vs Xperia Miro vs Xperia Tipo

0
370 views
views

SonyXperia J vs Xperia GO vs Xperia Miro vs Xperia Tipo merupakan 4 buah smartphone sony yang tergolong dalam siri xperia 2012.Berada di dalam kelas pertengahan [mid-range phone] , berbeza rekabentuk, keempat-empat phone tersebut tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi spesifikasi.

Xperia J vs GO vs MIRO vs TIPO

Memandangkan ramai yang bertanya kepada kami mengenai smartphone mana yang terbaik diantara 4 buah tersebut, jadi untuk menjawab persoalan yang diajukan, aku dah pun menyediakan jadual perbandingan ringkas yang menunjukkan perbezaaan setiap phone diatas mengikut spesifikasi ringkas yang dipilih.

Spesifikasi yang ditunjukkan dibawah ini ialah antara ciri-ciri asas penting yang harus dipertimbangkan ketika anda ingin memilih mana-mana android smartphone.

XPERIA GO VS XPERIA J VS XPERIA MIRO VS XPERIA TIPO

Jika dilihat dari perbandingan antara spesifikasi diatas, agak sukar sebenarnya untuk menyatakan mana yang terbaik memandangkan harga bagi setiap smartphone adalah berbeza.Jadi untuk memudahkan proses pemilihan, pastikan anda baca terlebih dahulu Tips Memilih dan Membeli Smartphone Terbaik.

Mungkin ada antara anda yang tidak mementingkan soal harga tetapi ingin memilih satu daripada 4 phone ini, pendapat peribadi aku, jelas sebenarnya Xperia GO merupakan phone yang harus dipilih.Kelebihan Xperia GO berbanding 3 yang lain ialah internal memori yang lebih besar [8GB] , tahan lasak , kalis air dan debu serta harga yang berbaloi iaitu sekitar RM600.[harga tersebut bukan harga rasmi tapi lebih kepada anggaran, di sesetengah tempat, harganya mungkin jauh lebih murah atau jauh lebih mahal.]

Xperia J pula mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Xperia GO bezanya ianya tidak mempunyai ciri-ciri tahan lasak dan internal memori yang jauh lebih kecil berbanding Xperia GO.Namun, itu bukan kekurangan yang harus dirisaukan memandangkan anda boleh menggunakan sdcard padanya.Kelebihan Xperia J ialah, saiz bateri yang lebih baik iaitu 1750mAh [lebih besar, lebih tahan lama] dan akan mendapat kemaskini rasmi android 4.1.2 Jellybean daripada Sony Mobile.Saiz skrin Xperia J juga lebih besar di mana ia akan menjanjikan kepuasan bagi mereka yang inginkan phone dengan skrin yang besar.

Bagi anda yang mempunyai bajet sekitar RM500-400 pula boleh lah pertimbangkan antara Xperia Miro atau Tipo bergantung kepada minat dan juga jadual perbandingan diatas.Pastikan anda pilih yang terbaik.Ataupun anda boleh baca perbandingan antara Xperia V vs T vs TX bagi melihat mana yang terbaik diantara smartphone-smartphone tersebut.

Sekali lagi suka untuk aku ingatkan, pastikan anda pilih smartphone yang sesuai dengan diri anda.Rujuk-rujuk ciri-ciri pemilihan smartphone di artikel Tips Memilih dan Membeli Smartphone Terbaik.Jika masih blur dan pening untuk pilih, hubungi kami di facebook page dan kami akan membantu sebaik mungkin.

Jangan lupa sertai facebook page | twitter | Google+ untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE JIKA ANDA MERASAKAN ARTIKEL INI SANGAT BERGUNA UNTUK ANDA.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here