Sony Xperia Z Menjalani Ujian Air Kencing

Kedengaran agak pelik tapi itu yang berlaku di mana Sony Xperia Z menjalani ujian air kencing bagi membuktikan ketahanan android beast tersebut terhadap air termasuk air kencing.Video ujian tersebut dijalankan oleh adrianisen, seorang youtuber dari sweden dan baru sahaja di upload pada semalam 8.3.2013.

sony-xperia-z-water-proof-test-check

Mungkin kelihatan agak jijik, video tersebut memperolehi jumlah dislike yang agak tinggi berbanding like.Bagi kami, ianya sesuatu yang agak baru dan unik serta boleh dikatakan menarik dimana beliau berani melakukan sesuatu di luar jangkaan.Ramai yang mempertikaikan kebenaran video tersebut dan mengatakan ianya hanyalah air biasa.

Untuk rekod, Sony Xperia Z merupakan android beast milik Sony Mobile yang direka khas bagi menyaingi smartphone lain seperti Samsung Galaxy S3 dan juga iPhone 5 yang mendapat perhatian ramai pengguna di seluruh dunia.Harga Xperia Z di malaysia ialah RM2199 dan boleh didapati di Sony Centre serta beberapa kedai lain.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak akan mendapat “sesuatu” dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here