Sony Xperia Z Mengalami Masalah LED Notification

3
1,413 views
views

Disebalik kehebatan yang sering diperkatakan, tahukah anda Sony Xperia Z mengalami masalah LED Notification, satu keadaan dimana LED pada android beast tersebut tidak berfungsi.Beberapa pengguna melaporkan bahawa lampu LED tersebut hanya menyala apabila phone sedang di cas namun gagal menyala ketika notifikasi masuk.

xperia z problem

Masalah ini dikatakan berpunca daripada stamina mode pada phone tersebut.Satu-satu nya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan melakukan proses factory reset pada Xperia Z yang mengalami masalah dimana ia akan melakukan proses format [hard reset] bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Masalah ini ternyata membuat keyakinan ramai pengguna terhadap kualiti produk Sony tergugat.Sebuah flagship device dengan permulaan harga yang agak tinggi mengalami masalah yang tidak sepatutnya berlaku.Sebelum ini, Sony Xperia V juga mempunyai masalah tersendiri yang dikenali sebagai Sudden Death,satu keadaan dimana tanpa angin ribut, smartphone tersebut tidak dapat di hidupkan dan pengguna terpaksa cabut dan masukkan semula bateri.

Apa yang diharapkan ialah, Sony akan keluarkan kemaskini baru bagi mengatasi masalah yang berlaku.

source

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak akan mendapat “sesuatu” dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂

3 COMMENTS

  1. saya menggunakan sony xperia z2. masalahnya power bateri sudah habis. bila saya cas, tidak ada respon seperti biasa / lampu merah berkelip-kelip. skrin gelap @ hitam. boleh tolong jelaskan. sapa2 lah yang pernah mengalaminya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here