Sony C670X Dengan 4.8-inch FHD display, 1.8GHz Snapdragon 600 Bakal Diperkenalkan ?

0
162 views
views

Antara khabar angin terbaru dimana Sony C670X dengan 4.8-inch FHD display, 1.8GHz Snapdragon 600 bakal diperkenalkan oleh Sony Mobile menjelang summer 2013 ini.Beberapa spesifikasi ringkas telah pun tersebar yang menyaksikan C670X mempunyai ciri-ciri yang lebih hebat berbanding XZ.

Sony-Xperia-C670X-640x603

C670X dijangka akan hadir dengan paparan skrin 4.8 Full HD 1080 x 1920, 1.8GHz quad-core processor  Qualcomm Snapdragon 600 (APQ8064T) chipset dan Adreno 320 graphics.Ciri-ciri lain yang dijangka akan digunakan ialah 2GB ram, 32GB internal storage, dan camera 13MP Exmor RS pada bahagian belakang.

Menurut sumber, C670X akan menggunakan android 4.2.2 Jellybean ketika pelancarannya pada pertengahan 2013 nanti.Menyentuh mengenai rekabentuk smartphone tersebut, ianya tidak akan terlalu jauh berbeza dengan flagship device milik Sony sekarang iaitu Xperia Z | ZL.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 3 atau 4 smartphone terbaru sony yang menjadi tanda tanya mengenai pelancarannya.Antaranya ialah Xperia SP [c530x], Xperia L [C210X] dan Sony C680X .Smartphone tersebut dijangka akan diumumkan pada MWC13 yang lalu namun agak mengecewakan apabila tiada sebarang pengumuman yang dibuat Sony.

Jika khabar angin yang sedang bertiup ini benar, Sony dilihat sudah betul-betul bersedia bagi bersaing dengan HTC dan Samsung yang terus-menerus mengeluarkan smartphone berspesifikasi canggih bagi mendominasi pasaran smartphone dunia..Sama-sama kita nantikan.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here