Untuk sesi ni, jom kita lihat review kelebihan dan kekurangan Xperia E sebuah smartphone model xperia 2013 yang baru sahaja dilancarkan pada akhir tahun lepas.Harga bagi Xperia E di Malaysia adalah sekitar RM450-500 dan boleh didapati dalam 2 versi iaitu single dan dual sim.Jadi, sejauh mana bagus nya phone ini?
Sebagai permulaan jom kita lihat spesifikasi ringkas Xperia E dan juga E Dual.
KELEBIHAN SONY XPERIA E / E DUAL
– Mengikut ujian yang dijalankan oleh pihak Notebookcheck, Xperia E dengan processor Qualcomm MSM7227A Snapdragon berkelajuan 1GHz , ianya lebih baik berbanding Xperia J dari beberapa segi seperti benchmark dan antutu score.
– Rekabentuk body yang solid serta sedap di pegang.
– Bateri yang boleh di tukar.
– Mempunyai dua slot sim kad bagi E Dual.
– Prestasi bateri yang agak baik.
– Didatangkan dengan android 4.1 Jelly Bean [E] dan 4.0 ICS bagi E Dual.
– Jarang mengalami lag.
KEKURANGAN SONY XPERIA E / E DUAL
– Resolusi skrin yang rendah setaraf Xperia X8 tidak lagi relevan pada tahun 2013 namun masih boleh diterima dan bukan satu masalah besar.
– Dengan 512MB RAM ianya masih belum cukup baik dan anda mungkin akan merasai sedikit lag terutama apabila terlalu banyak install aplikasi dan games.
– Xperia E dan E Dual kedua-dua nya tidak boleh memainkan video resolusi tinggi [HD Video].
– Kualiti speaker yang agak mengecewakan.
– Internal memori yang tidak berapa besar, sekitar 2 GB.Namun, bukan 1 masalah besar memandangkan kedua-dua Xperia E ini menyokong sehingga 32GB memori kad.
KESIMPULAN
Dengan harga permulaan sekitar RM500, Xperia E /E DUAL merupakan pilihan terbaik bagi anda yang sedang tercari-cari smartphone bajet.Merupakan model xperia 2013 yang menerima kemaskini rasmi daripada Sony , spesifikasi yang boleh dikatakan agak memuaskan hati dan mendapat banyak reaksi positif dari blog mobile terkemuka, Xperia E / E DUAL merupakan smartphone baru yang jauh lebih daripada pesaing-pesaing mereka yang berada dalam kelas sama.
Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.
KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE
p/s – Tahukah anda, komen terbaik dan terbanyak akan mendapat “sesuatu” dari kami di soleheendotcom? Rajin kan diri anda untuk memberi komen | like | tweet artikel kami 🙂
dr sgi spec bbaloi ngan harga.. Nice!
[…] boleh lihat koleksi artikel review ringkas kami melalui link ini antaranya review Xperia E , Xiaomi Ms2 , Smartphone terbaik 2013 , Xperia J dan […]
[…] boleh lihat koleksi artikel review ringkas kami melalui link ini antaranya review Xperia E , Xiaomi Ms2 , Smartphone terbaik 2013 , Xperia J dan […]
[…] dalam ruangan komen dibawah.Anda juga boleh lihat koleksi review ringkas kami yang lain seperti review Xperia E/E Dual , Samsung Galaxy Mega 6.3 vs Galaxy Note 2 […]
[…] yang boleh dipertimbangkan.Anda juga boleh lihat koleksi review ringkas kami yang lain seperti review Xperia E/E Dual , Samsung Galaxy Mega 6.3 vs Galaxy Note 2 […]