MWC13 : Nokia Memperkenalkan Lumia 720, Lumia 520, Nokia 105 dan Nokia 301

Ringkasan liputan MWC13 bagi Nokia yang memperkenalkan Lumia 720, Lumia 520, Nokia 105 dan Nokia 301 disamping beberapa perkara lain.Artikel kali ini akan mengumpulkan segala pengumuman yang dibuat oleh Nokia pada Mobile World Congress 2013 yang berlangsung di Barcelona baru-baru ini.

Antara pengumuman oleh Nokia yang menarik perhatian pengguna pada MWC13 yang lalu ialah pelancaran siri Lumia terbaru iaitu 720 dan 520.Kedua-dua smartphone tersebut akan menggunakan Windows Phone 8 dan dilengkapi dengan pelbagai aplikasi tambahan dari Nokia sendiri.Selain Lumia, Nokia turut memperkenalkan Nokia 105 dan 301 yang merupakan phone kelas biasa yang diberi nafas baru.Jom kita lihat apa yang menarik mengenai smartphone-smartphone tersebut.

Nokia Lumia 720

-Phone ini menggunakan skrin bersaiz 4.3 inci dilengkapi teknologi super-sensitive yang mana membenarkan skrin disentuh menggunakan apa jua barang samada glove tangan mahupun paku tajam.

LUMIA 720

-Turut dilengkapi dengan 1Ghz dual-core processor  dan 512mb ram, 8GB internal memory+ sdcard , NFC, 2000 mAh battery dan teknologi wireless charging.

-Lumia 720 mempunyai 6.7mp camera pada bahagian belakang dengan teknologi Carl Zeiss Optic dan didatangkan dalam beberapa pilihan warna.

-Menggunakan body yang di perbuat daripada plastik, harga jangkaan bagi smartphone tersebut ialah sekitar $330 [RM1100] dan Singapore akan menjadi antara negara pertama yang akan menerimanya.

Nokia Lumia 520

-Lumia 520 merupakan versi biasa bagi 720 dimana ianya menggunakan 1 GHz processor dan 512mb ram.Berbeza dengan Lumia 720, ia dilengkapi dengan skrin WVGA IPS LCD bersaiz 4 inci + super sensitive touch.

LUMIA 520

-Lumia 520 merupakan antara Lumia mampu milik dimana harga jangkaan bagi smartphone tersebut ialah sekitar $183 [RM600].

Nokia 105

– Merupakan phone termurah yang diperkenalkan oleh Nokia.Mempunyai fungsi-fungsi asas, sama seperti phone tradisional nokia yang lain dan turut dilengkapi dengan torchlight.

NOKIA 105

– Akan dijual dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan cyan di beberapa negara seperti China, Egypt, India, Indonesia, Nigeria, Russia, Vietnam, Middle East, Asia-Pacific dan Eropah pada suku pertama tahun ini.

-Boleh didapati pada harga sekitar RM60.

Nokia 301

-Sebuah phone biasa akan tetapi diberi nafas baru dengan beberapa ciri-ciri tambahan dimasukkan antaranya 3.2 megapixel camera, 2.4 display, sambungan 3.5G dan Nokia Xpress Browser.

NOKIA 301

-Nokia 301 boleh di dapati dalam beberapa pilihan warna seperti cyan, hitam, magenta, kuning dan putih dan akan mula dijual di beberapa negara pada suku kedua tahun ini.

– Phone ini juga boleh didapati dalam versi dual-sim dimana harga permulaan baginya ialah sekitar RM250.

Selain Nokia, beberapa jenama lain turut memperkenalkan model baru phone masing-masing dan kemaskini mengenainya akan akan kami keluarkan selepas ini.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here