Cara Upgrade Xperia V Ke Android 4.1 Jelly Bean

1

Mungkin ramai antara anda yang tidak sedar bahawa Xperia V telah pun mendapat kemaskini android 4.1 Jelly Bean international version.Namun, tak semua yang akan mendapatnya bergantung kepada negara yang anda tinggal.

XPERIA V JELLY BEAN UPDATEProses upgrade Xperia V ke andrid 4.1 Jellybean tersebut boleh dilakukan menggunakan Sony Update Service [SUS] dan PC Companion [PCC] dengan install antara 2 software tersebut pada komputer kemudian sambungkan phone anda pada dan ikut arahan yang diberikan pada PC Companion atau SUS tadi.Harus diingatkan bahawa proses tersebut memerlukan sambungan internet pada komputer anda.

Cara kedua yang boleh dilakukan ialah dengan cara flash firmware android 4.1 Jelly Bean menggunakan Flashtool.Mungkin agak leceh bagi anda yang tidak biasa dengan flashtool akan tetapi cara ini lebih mudah kerana tidak perlu menggunakan internet.Flash firmware menggunakan flashtool juga dapat membantu anda memulihkan phone yang bermasalah / unroot phone / baiki masalah tersekat pada logo [bootloop].

Bagi anda yang berminat boleh ikuti langkah-langkah dibawah :

 

LANGKAH PERSEDIAAN :

– Install driver Xperia V anda pada komputer dengan cara install pc companion kemudian sambungkan phone pada pc dan biarkan dalam 3-4 minit bagi membolehkan driver phone tersebut diinstall.

Download flashtool dan install pada komputer anda.Bagi anda yang dah ada flashtool, tak perlu lagi install.

– Pergi pada phone anda setting > developer option > tick pada USB Debugging.

– Offkan phone anda.

LANGKAH-LANGKAH INSTALL ANDROID 4.1 JELLY BEAN PADA XPERIA V

1- Download firmware android 4.1.2 Jelly Bean [Download] 2- Copy file firmware tadi dan masukkan dalam folder C:\ Flashtool > Firmwares
3- Buka flashtool.
4- Tekan pada tanda anak panah petir.
5- Pilih Flashmode.
6- Pilih firmware Xperia V tadi dan klik ok.
7- Flashtool akan meminta anda sambungkan phone dengan cara tekan volume down dan sambungkan kabel phone secara serentak.
8- Pastikan kabel tidak diganggu / phone tak digerakkan walau seinci bagi memastikan proses flash tidak terganggu.
9- Tunggu proses dia selesai kemudian reboot phone anda.
10-Enjoy..pertama kali reboot mungkin ambil masa sikit, so sila sabar.

Bagi yang masih tak faham dengan step di atas anda boleh rujuk artikel Cara Flash Kernel dan Firmware Pada Xperia cuma sila pastikan anda memilih firmware android 4.1 Xperia V.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

1 Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA