Cara Upgrade Galaxy S2 GT-I9100G Ke Android 4.1 Jelly Bean

By | March 10, 2013

Untuk tutorial kali ini, jom kita lihat cara upgrade Galaxy S2 GT-I9100G ke android 4.1 Jelly Bean memandangkan kemaskini rasmi Android 4.1 Jelly Bean untuk Galaxy S2 telah pun keluar di beberapa buah negara seperti China dan juga Perancis.Buat pengetahuan anda, Malaysia masih belum menerima kemaskini tersebut namun anda boleh install firmware negara lain menggunakan Odin dan merasai sendiri pengalaman menggunakan Jelly Bean pada phone masing-masing.

Bagi yang berminat anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:

LANGKAH PERSEDIAAN

INI HANYA UNTUK GALAXY S2 MODEL GT-I9100G SAHAJA!

1- Download firmware adnroid 4.1 Jellybean dan extract dalam 1 folder kemudian letak di desktop. (Download)
2- Download Odin 3.07 dan extract pada desktop. (Download)
3- Pastikan anda telah backup segala perkara penting seperti Contact / Mesej.
4- On kan USB Debugging ( Settings > Developer Options )

LANGKAH UPGRADE

1- Offkan phone masing-masing.
2- Masuk ke download mode dengan cara tekan butang home + volume down + power secara serentak sehingga download mode keluar.
3- Buka Odin 3.07 tadi dan sambungkan phone anda.
4- Tunggu sehingga phone tersebut di detect oleh Odin.Kotak ID:COM akan bertukar warna apabila phone berjaya dikesan.
5- Lihat pada Odin, anda akan nampak bahagian PDA, klik PDA kemudian pilih file “.md5” yang di extract tadi.
6- Jangan ubah apa-apa setting pada Odin, dan pastikan anda tidak tick pada Re-Partition.
7- Tekan start pada bahagian atas dan tunggu sehingga proses selesai.
8- Perkataan “PASS” akan keluar sebaik sahaja proses selesai dan itu bermaksud anda telah berjaya.

LANGKAH PERSEDIAAN SELEPAS INSTALL ANDROID 4.1 JELLYBEAN

1- Offkan phone anda (cabut bateri dan masukkan balik)
2- Masuk ke mode recovery dengan cara tekan butang home + volume up + power secara serentak.
3- Anda akan nampak pilihan Wipe data/factory reset dan wipe cache.
4- Pilih wipe data kemudian wipe cache.
5- Reboot phone setelah selesai proses diatas.

Done! Mudah sebenarnya.Harus diingat, selepas pertama kali reboot phone mungkin akan mengalami sedikit lag dan berat.Cuba reboot sekali lagi dan enjoy.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

SOLEHEEN TV

8 thoughts on “Cara Upgrade Galaxy S2 GT-I9100G Ke Android 4.1 Jelly Bean

  1. Johari

    Salam. Lepas upgrade ke JB, function “VIDEO CALL” di contact masih ada tak?

    Reply
  2. izzati

    Salam. Fownload Jelly Ben ape semua tuh dekat phone atau komputer? Tak seberapa faham.

    Reply
  3. wan alif

    Jelly bean nih..dia boleh bgi up skit perfomance dlm sistem fon kita..dan speed ram. 😉

    Reply
  4. kay

    salam tuan…
    bole share balik firmware adnroid 4.1 Jellybean tak?
    link yg tuan bg tu dah broken lah…
    share thru email pun ok tu

    terima kasih ye
    assalamualaikum =)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *