Android 4.1 Jelly Bean Untuk Galaxy S2 GT-I9100G Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

0
361 views
views

Android 4.1.2 Jelly Bean untuk Galaxy S2 GT-I9100G telah pun mula dikeluarkan secara berperingkat oleh Samsung Mobile dimana terdapat beberapa negara yang telah pun mendapatnya terlebih dahulu.Bagi negara lain, ianya bakal tiba dalam sedikit masa lagi.

Sehingga kini, menurut laman web sammobile, hanya Perancis dan juga China yang menerima kemaskini rasmi android 4.1.2 Jelly Bean bagi Galaxy S2 GT-I9100G melalui Samsung Kies dan bagi negara lain termasuk Malaysia ianya masih berstatus pending.

GALAXY S2 JELLY BEAN UPDATE

Antara perubahan ketara yang boleh dilihat pada kemaskini kali ini ialah :

– Prestasi phone yang lebih stabil.
– Project Butter yang ada menjadikan phone lebih laju dan smooth.
– Touchwiz baru diperkenalkan iaitu TouchWiz Nature UX
– Samsung’s S Cloud services
– Ciri-ciri pada camera dipertingkatkan menjadikannya lebih baik.
– Lockscreen baru yang boleh diubah.
– Ciri-ciri baru antaranya Direct Call, Smart Stay and Pop-up Play.
– Turut menerima widget yang serupa pada Galaxy S3.
– 2 homescreen mode baru.
– Google Now
– Notification Bar baru dengan fungsi tambahan.

Kemaskini 4.1.2 Jelly Bean pada Galaxy S2 GT-I9100G  tersebut membawakan perubahan besar pada antaramuka phone tersebut dan ianya berbeza dengan kemaskini 4.0.4 dahulu.Bagi pengguna Malaysia, sehingga kini masih belum diketahui tarikh tepat untuk kemaskini tersebut dikeluarkan.

SCREENSHOT ANDROID 4.1.2 JELLYBEAN PADA GALAXY S2 GT-I9100G 

 

Bagi yang tidak sabar untuk mencuba android 4.1.2 Jelly Bean pada Galaxy S2 GT-I9100G  masing-masing, apa yang anda boleh lakukan ialah flash firmware negara lain pada Galaxy S2 GT-I9100G  milik anda menggunakan Odin.Kami akan mengeluarkan tutorial untuk flash android 4.1.2 tersebut secepat mungkin untuk anda mencubanya.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter | Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here