Sony Bakal Memperkenalkan Xperia SP (C530X) Dan Xperia L (C210X)

Khabar angin terbaru dan hampir pasti bahawa Sony bakal memperkenalkan model terbaru bagi siri 2013 iaitu Xperia SP (C530X) yang sebelum ini dikenali dengan nama “Huashan” dan juga Xperia L (C210X).Maklumat mengenai nama rasmi kedua-dua smartphone tersebut di dedahkan oleh laman web Postel Telecom Indonesia yang sebelum ini terkenal kerana hampir kesemua maklumat mengenai smartphone yang didedahkan adalah 100% tepat.

 

Xperia SP dikatakan akan menjadi model terbaru dalam Sony NXT Series yang akan menggunakan saiz display yang sama seperti Sony Xperia S, mempunyai bar lutsinar pada bahagian bawah sama seperti Xperia U dan P termasuk menggunakan “Aluminium Chasis”.Bercakap mengenai spesifikasi lain, smartphone terbaru milik Sony tersebut akan menggunakan Qualcomm Snapdragon S4 Pro MSM8960T chipset berkelajuanĀ  1.7GHz dual-core processor dan juga Adreno 320 graphics.Walaubagaimanapun, Xperia SPĀ  hanya akan menggunakan skrin HD 720p bukan 1080p seperti yang digembar-gemburkan.

Berbeza dengan Xperia L yang hanya merupakan smartphone kelas pertengahan dengan spesifikasi biasa, menggunakan dual-core processor berkelajuan 1GHz dengan paparan skrin bersaiz 480 x 854 FWVGA dan menggunakan Adreno 305 graphics.

Kedua-dua smartphone tersebut akan menggunakan android 4.1.2 Jellybean apabila dilancarkan dan dijangka menerima Android 4.2 apabila berada dalam pasaran kelak.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here