Sony Bakal Memperkenalkan Xperia C680X Dengan Android 4.2 Jellybean

1
230 views
views

Khabar angin terbaru yang sedang bertiup kencang bahawa Sony bakal memperkenalkan Xperia C680X dengan Android 4.2 Jellybean.Smartphone terbaru itu akan turut menggunakan paparan skrin beresolusi tinggi 1080p.

Gambar Hiasan

Maklumat terbaru mengenai C680X ditunjukkan dalam perbandingan browser di laman web HTML5.Gambar tersebut di dedahkan oleh Xperia Blog menunjukkan C680X menggunakan android 4.2 dan juga paparan skrin 1080 x 1920, malangnya tidak banyak yang didedahkan melainkan 2 benda tersebut.

C680X dijangka akan meneruskan legasi Xperia Z yang kini menjadi smartphone tercanggih milik Sony.Sehingga kini Sony masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi dan gambar mengenainya juga masih belum kelihatan.

Selain C680X, Sony turut dijangka akan mengeluarkan Xperia SP [ C530X] dan juga Xperia L [ C210X] .Kedua-dua smartphone tersebut dijangka akan diperkenalkan di MWC2013 nanti.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here