Samsung Memperkenalkan Galaxy S3 Duos Secara Rasmi

Nampaknya trend smartphone dengan dual-sim semakin mendapat tempat dimana info terbaru, Samsung telah pun memperkenalkan Samsung Galaxy S3 Duos secara rasmi iaitu variasi Galaxy S3 dengan ciri-ciri dual-sim.

samsung galaxy s3 duos dual sim

Didatangkan dengan spesifikasi yang sama seperti versi terdahulu, smartphone tersebut dilancarkan secara rasmi di China dan boleh didapati dalam 2 pilihan warna iaitu Marble White dan Pebble Blue.

Sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai harga nya dan masih tidak diketahui samada Samsung akan melancarkannya secara global atau pun tidak.Sama-sama kita nantikan pengumumannya.

Jadi, apa pendapat anda mengenai smartphone dual-sim? Adakah ianya betul-betul berbaloi untuk dimiliki?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here