Samsung Galaxy Ace 2 Bakal Mendapat Android 4.1 Jellybean?

1
312 views
views

Antara info terbaru , Samsung dikatakan akan mengeluarkan kemaskini android 4.1 Jellybean kepada pengguna beberapa model smartphone miliknya.Samsung Galaxy Ace 2 merupakan antara phone yang akan menerima kemaskini tersebut dimana beberapa keping gambar yang menunjukkan ia menggunakan official android 4.1 Jellybean telah pun tersebar.

jelybean for galaxy acejelybean for galaxy ace 2

Samsung dikatakan telah mula mencuba android 4.1.2 pada Galaxy Ace 2 sebelum ianya di keluarkan kepada semua pengguna dan beberapa gambar mengenainya telah dikeluarkan oleh sammobile menunjukkan versi android dan juga antaramuka pada homescreen phone tersebut.

Kemaskini tersebut dijangka akan dikeluarkan secara rasmi sekitar bulan Mac atau April nanti dan akan membawa beberapa perubahan seperti TouchWiz versi baru manakala dari segi antaramuka phone tersebut, ianya hampir serupa seperti apa yang ada pada Samsung Galaxy S3.

Selain Galaxy Ace 2, model lain yang dijangka akan turut menerima kemaskini serupa ialah Galaxy Beam, Galaxy Music, Galaxy Chat, Galaxy Ace Plus, Galaxy Mini 2.Jadi, smartphone anda termasuk dalam senarai?

source

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here