Cara Root Samsung Galaxy S Advance Android 4.1 Jellybean

1

Untuk sesi kali ini, jom kita lihat bagaimana cara untuk root Samsung Galaxy S Advance yang menggunakan android 4.1 Jellybean dimana dalam artikel sebelum ini, aku dah pun menulis mengenai cara upgrade Galaxy S Advance ke android 4.1 Jellybean yang merupakan kemaskini rasmi dari samsung untuk pengguna di Russia.[Lihat tutorial].

Bagi anda yang masih tak tau apa kelebihan root android smartphone boleh rujuk artikel Kelebihan Root Android.

Caranya agak mudah berbanding cara root Galaxy S Advance yang menggunakan android 2.3.6 Gingerbread.Bagi anda yang berminat boleh ikuti langkah-langkah root dibawah :

CARA-CARA ROOT SAMSUNG GALAXY S ADVANCE

1- Pada phone anda, pergi ke setting > developer option (ON kan) > Tick USB debugging.
2- Download file root, tak perlu extract dan masukkan dalam memori kad. [Download] 3- Offkan phone.
4- Masuk ke dalam recovery mode dengan cara tekan VOL UP + HOME + POWER BUTTON secara serentak sehingga ia muncul.
5- Gunakan butang volume UP DOWN untuk buat pilihan di recovery.
6- Pilih “Apply Update from Memory card”
7- Pilih file root tai dan install.
8- Selesai install, reboot phone anda.
9- Done dan enjoy SGSA yang telah di root.

Untuk lihat samada phone anda telah di root ataupun tidak, lihat pada senarai menu dan cari aplikasi superuser, itu bermakna phone anda telah pun berjaya di root.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

1 Comment

  1. salam bro apply update from memory card maksudnya apply update from external storage?sebab natang tu yang keluar

TINGGALKAN KOMEN ANDA