Cara Install Dan Menggunakan Whatsapp Di Komputer

2

Mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya bagaimana cara install dan menggunakan aplikasi whatsapp pada komputer masing-masing.Bagi pengguna smartphone mungkin anda sudah lali dengan aplikasi WhatsApp yang merupakan satu aplikasi yang membenarkan kita untuk mesej secara percuma menggunakan internet.Untuk sesi tutorial kali ini jom kita lihat cara paling mudah untuk aplikasi tersebut.

whatsapp for desktop

Apa yang anda perlukan ialah :

– Komputer atau laptop
– Sambungan internet

CARA-CARA INSTALL WHATSAPP DI KOMPUTER :

1- Download Bluestack dan install pada komputer anda.Pastikan anda mempunyai internet kerana Bluestack akan menggunakan internet untuk download file ketika proses berjalan.[DOWNLOAD]
2- Selesai install, buka Bluestack.
3- Cari dan download Whatsapp pada Bluestack tadi.
4- Buka Whatsapp dan masukkan nombor telefon anda bagi tujuan pengesahan.
5- Selesai dan enjoy.

Bagi anda yang tertanya-tanya apakah itu Bluestack, ianya merupakan satu software yang membenarkan anda untuk install aplikasi atau games android pada komputer masing-masing tanpa memerlukan smartphone.Secara ringkasnya, Bluestack berfungsi sebagai Android OS dalam komputer anda.

Senang bukan? Kini anda tidak lagi memerlukan smartphone untuk berwhatsapp bersama rakan-rakan lain.Namun, harus diingat bahawa Bluestack akan menggunakan ram yang banyak serta tinggi ketika dibuka.Bagi notebook atau komputer biasa dengan ram rendah akan mengalami masalah komputer menjadi berat dan lag.Pastikan komputer masing-masing mempunyai ram yang cukup bagi menampung Bluestack.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE JIKA ANDA MERASAKAN ARTIKEL INI SANGAT BERGUNA UNTUK ANDA.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.