Aplikasi Android Wajib Install : Ketahui Waktu Solat Anda Dengan MySolat

1
924 views
views

Tinggal atau berpindah ke tempat baru yang agak jauh dari masjid mungkin akan sedikit menyukarkan kita untuk mengetahui waktu solat yang tepat di kawasan tersebut.Bagi anda yang mempunyai android smartphone, salah satu penyelesaian kepada masalah tersebut ialah dengan menginstall aplikasi MySolat yang di reka khas bagi memberitahu pengguna tentang waktu solat terkini bagi bulan-bulan yang dipilih.

mysolat apk

Mempunyai antaramuka yang ringkas, aplikasi MySolat akan memberikan info mengenai waktu solat kepada anda untuk 3 hari iaitu hari ini, esok dan juga tulat.Sangat memudahkan pengguna dimana anda tidak perlu lagi bersusah payah meneka waktu solat di kawasan anda.

Info yang digunakan adalah berdasarkan info di laman web Jakim iaitu e-solat.gov.my dan bagi Singapura ianya berdasarkan laman web muis.gov.sg dan anda tidak perlu ragu-ragu mengenai kesahihanya memandangkan ianya berdasarkan sumber yang diperakui oleh Majlis Agama islam sendiri.

Bagi anda yang berminat aplikasi ini boleh di download secara percuma di Google Play Store.[Download]

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here