Aplikasi Android Wajib Install : Cari Masjid Berdekatan Anda Dengan FindMasjid

2
460 views
views

Kehidupan beragama kini menjadi lebih mudah dengan ada nya bantuan teknologi.Jika sebelum ini, kita telah pun lihat aplikasi android wajib install iaitu MySolat yang memaparkan informasi waktu solat di Malaysia dan Singapura, kini telah muncul sebuah lagi aplikasi yang memang wajib diinstall pada phone anda, FindMasjid yang memaparkan lokasi-lokasi masjid di Malaysia, sememangnya patut dicuba.

findmasjid android app

Dibangunkan oleh pembangun tempatan iaitu guanoolab , FindMasjid akan membantu anda mencari masjid yang berdekatan dengan anda dan ianya turut disertakan dengan sokongan Google Maps dan juga Waze yang akan membantu anda mencari jalan dengan lebih mudah.

Dengan menggunakan FindMasjid, anda turut boleh membantu dimana Guanoolab turut mempelawa orang ramai untuk membantu mereka menambah info mengenai masjid yang ada.Bagi anda yang berminat boleh emailkan info lengkap kawasan anda kepada mereka di enquiry@guanoolab.com , antara info yang boleh disertakan :- Nama masjid, latitud, longitud, alamat serta gambar mengenainya.

Bagi yang selalu melakukan perjalanan jauh, ini akan membantu anda untuk menunaikan solat di masjid berdekatan walaupun anda tidak biasa dengan kawasan tersebut.Cara penggunaanya akan menjadi lebih lengkap dengan adanya aplikasi MySolat yang memaparkan waktu solat di malaysia.

Berminat? Anda boleh mendownload secara percuma di Google Play Store sekarang. [Download]

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE JIKA ANDA MERASAKAN ARTIKEL INI SANGAT BERGUNA UNTUK ANDA.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here